Prosedur memusingkan bayi secara fizikal untuk kedudukan songsang sebelum cukup bulan

Bayi yang lahir punggong dahulu (dalam posisi songsang) mungkin lebih bermasalah semasa kelahiran daripada mereka yang dilahirkan kepala dahulu (dalam posisi kepala) kerana mungkin ada sedikit kelewatan dalam kelahiran kepala dan tekanan kepada tali pusat semasa kepala melalui kanal lahir. Semasa prosedur memusingkan bayi secara fizikal (ECV) bayi songsang dipusingkan ke kedudukan kepala ke bawah dengan menolak pada perut ibu perlahan-lahan. Penyelidikan menunjukkan ECV selepas 37 minggu mengurangkan bilangan bayi dalam posisi songsang pada cukup bulan, dan jumlah pembedahan caesarean.

Ulasan ini memasukkan lima kajian rawak terkawal dengan jumlah keseluruhan 2187 wanita, kajian-kajian tersebut berisiko rendah atau tidak jelas walaupun tidak mungkin untuk "membutakan" wanita dan kakitangan bagi intervensi ini. Hasil kajian menunjukkan jika ECV dilakukan berhampiran pertengahan trimester ketiga (32 hingga 34 minggu), ia meningkatkan peluang untuk bayi berbaring kepala ke bawah pada masa cukup bulan. Tiga kajian yang memasukkan 1888 wanita mendapati memulakan ECV di antara 34 dan 36 minggu berbanding dengan memulakannya selepas 37 minggu (pada cukup bulan) menurunkan 19% kadar kedudukan bukan sefalik ketika lahir, pengurangan 10% risiko gagal mencapai kelahiran sefalik vagina, dan peluang mengurangkan kelahiran songsang, walau bagaimanapun, ECV awal boleh meningkat dengan ketara peluang kelahiran pramatang lewat. Kualiti bukti bagi hasil-hasil tersebut digred sebagai tinggi. Bukti kebaikan dan keburukan yang mungkin bagi pemusingan awal bayi secara fizikal (ECV) (sebelum 37 minggu) memerlukan perbincangan yang teliti dengan wanita tentang masa prosedur ECV supaya mereka boleh membuat keputusan yang termaklum.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Nila Pillai (Penang Medical College). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi nila@pmc.edu.my

Tools
Information