Ujian-ujian biokimia fungsi plasenta untuk penilaian dalam kehamilan

Menguji paras hormon wanita semasa kehamilan berisiko tinggi tidak menunjukkan ianya bermanfaat kepada wanita tersebut ataupun kepada bayi mereka.

Plasenta membekalkan pemakanan berkhasiat kepada bayi di dalam rahim (uterus) semasa kehamilan. Sebelum ini difikirkan pengujian paras hormon wanita ketika kehamilan, mungkin menunjukkan bagaiman plasenta berfungsi dan sama ada bayi membesar seperti yang dijangka. (Hormon merupakan bahan kimia semulajadi yang dihasilkan dalam badan.) Ulasan dari satu kajian (622 wanita) mendapati beberapa bukti bahwa pengukuran paras (o)estriol dalam kehamilan yang berisiko tinggi tidak memberi kesan ke atas hasil kehamilan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noor Salwah S Omar (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Ahmad Filza Ismail (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi salwah@usm.my.

Tools
Information