Magnesium sulfat menyebabkan pengurangan kes kematian ibu dan kejadian sawan berbanding dengan diazepam (Valium) apabila diberi untuk sawan eklamptik (sawan).
Antara dua hingga lapan dalam setiap 100 wanita hamil menghidapi pra-eklampsia (toksemia), yang sering bermaksud mereka mempunyai tekanan darah tinggi dan protein dalam air kencing. Sebilangan kecil wanita yang menghidap praeklampsia juga akan mempunyai sawan (fit); ini dipanggil eklampsia. Eklampsia boleh berlaku di peringkat kedua kehamilan, semasa kelahiran atau selepas kelahiran. Wanita dengan eklampsia diberi ubat anticonvulsant untuk mengawal sawan eklamptik, dan untuk mencegah sawan seterusnya. Eklampsia adalah satu keadaan yang penting kerana wanita dengan eklampsia berisiko tinggi untuk sakit teruk dan kematian. Di seluruh dunia, kira-kira 358,000 wanita terkorban di tahun 2008 akibat komplikasi kehamilan dan kelahiran anak, dan 99% daripada kematian ini adalah wanita di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana. Secara keseluruhannya, 15% daripada kematian ibu adalah berkaitan dengan eklampsia. Eklampsia adalah lebih biasa berlaku di negara berpendapatan rendah dan sederhana, berbanding dengan negara-negara berpendapatan tinggi.
Dalam ulasan yang merangkumi tujuh kajian secara rawak, yang melibatkan 1396 wanita, didapati magnesium sulfat secara intravena adalah jauh lebih baik daripada diazepam secara intravena dalam mengurangkan risiko kematian ibu dan kejadian sawan lanjutan. Rawatan adalah untuk tempoh 24 jam kecuali terdapat petunjuk yang menyatakannya perlu diteruskan. Infusi diazepam dilaraskan terhadap tahap penenang, dengan tujuan untuk menjadikan wanita mengantuk tetapi boleh terjaga. Penggunaan magnesium sulfat memerlukan pemantauan atas kadar pernafasan, refleks tendon dan keluaran air kencing untuk mengelakkan kesan buruk.
Kekurangan bayi yang mempunyai skor Apgar rendah semasa lahir dengan magnesium sulfat berbanding dengan diazepam dan, walaupun kemasukan ke nurseri penjagaan khas sama, adalah lebih kurang bayi dalam kumpulan magnesium sulfat mempunyai tempoh penginapan lebih daripada tujuh hari.
Dalam ulasan Cochrane lain, magnesium sulfat adalah juga lebih baik daripada ubat-ubatan lain (phenytoin dan koktel lytik).
Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh MW Chan (RCSI & UCD Malaysia Campus). Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my