Tekanan saluran udara positif berterusan nasal segera selepas ekstubasi untuk mencegah morbiditi bayi lahir pramasa

Terjemahan ini tidak dikemas kini. Sila klik di sini untuk melihat versi Bahasa Inggeris terbaru Ulasan.

Tekanan saluran udara positif berterusan (CPAP) memberi aliran gas tambahan melalui hidung dan dengan itu membantu paru-paru kembung dengan betul. Ini membantu mengurangkan masalah pernafasan bayi lahir pramasa selepas tiub yang diguna untuk membantu pernafasan dikeluarkan dari salur udara mereka. Bayi lahir pramasa (bayi yang dilahirkan sebelum 37 minggu) mungkin memerlukan bantuan untuk bernafas dengan betul. Kadang-kadang, ini diberikan melalui tiub yang dimasukkan ke dalam saluran udara, melalui mulut atau hidung, untuk memberi oksigen dari mesin (ventilasi mekanikal). Kaedah ini membantu memulihkan pernafasan tetapi apabila tiub dikeluarkan (proses ini dipanggil ekstubasi), masalah pernafasan boleh berlaku. Tekanan udara positif berterusan nasal (NCPAP) memberi aliran gas tambahan melalui hidung dan dengan itu membantu paru-paru kembung dengan betul. Ulasan kajian-kajian mendapati NCPAP berkesan dalam mencegah kegagalan ekstubasi selepas sesuatu tempoh ventilasi mekanikal.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Julie Yeo (Taylor’s University, Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi julieyeohh@gmail.com. Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail, Kolej Perubatan Melaka-Manipal.