Penambahan vitamin B6 (pyridoxine) semasa hamil atau bersalin untuk hasil ibu dan neonatal

Ulasan ini tidak dapat memberikan bukti daripada kajian rawak terkawal yang memberikan penambahan rutin vitamin B6 semasa hamil menyebabkan sebarang manfaat, selain daripada satu kajian yang mencadangkan perlindungan terhadap kerosakan gigi. Ia mungkin mengakibatkan kemudaratan sekiranya diambil terlalu banyak, disebabkan jumlah yang melebihi keperluan harian yang disarankan adalah berkaitan dengan kebas dan kesukaran berjalan.

Vitamin B6 adalah vitamin larut air yang memainkan peranan penting dalam pelbagai proses metabolik dalam badan manusia dan membantu dalam pembentukan sistem saraf. Vitamin B6 terkandung dalam pelbagai makanan termasuklah daging, ayam, sayur-sayuran, dan pisang. Ia dipercayai bahawa B6 mungkin memainkan peranan dalam pencegahan pra-eklampsia, di mana tekanan darah ibu adalah tinggi dengan jumlah protein yang besar dalam air kencing atau disfungsi organ yang lain, dan dalam bayi yang dilahirkan terlalu awal (kelahiran pramatang). Vitamin B6 mungkin membantu untuk mengurangkan rasa mual semasa hamil. Ulasan empat kajian (melibatkan 1646 wanita hamil) telah menilai penambahan B6 semasa hamil dengan tujuan untuk mengurangkan kemungkinan pra-eklampsia dan kelahiran pramatang. Vitamin B6 sebagai kapsul oral atau lozenges menyebabkan pengurangan risiko kerosakan gigi dalam wanita hamil dalam satu kajian. Lozenges mempunyai kesan yang lebih besar, yang mencadangkan kesan tempatan atau kesan topikal pyridoxine dalam rongga oral. Kami tidak menemui sebarang perbezaan yang jelas dalam risiko eklampsia atau pra-eklampsia (tiga kajian dan dua kajian, masing-masing, bukti berkualiti rendah ). Kajian tidak mempunyai data yang mencukupi untuk membuat sebarang penilaian lain yang berguna.

Kajian yang disertakan dilakukan antara 1960 dan 1983 dan tidak menyertakan hasil penting bayi baru lahir yang hanya dikaitkan dengan vitamin B6 baru-baru ini, seperti penurunan dalam kecacatan kardiovaskular dan klef orofasial. Kajian tersebut bermula pada masa berbeza semasa hamil, kebanyakannya mempunyai kadar hilang daripada susulan yang tinggi, dan kesan buruk penggunaan vitamin B6 (pyridoxine) tidak dinilai.

Penyelidikan lanjut yang menilai hasil seperti klef orofasial, kecacatan kardiovaskular, pembentukan neurologi, kelahiran pramatang, pre-eklampsia dan kejadian buruk adalah membantu.

Nota terjemahan: 

Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemah oleh Kuan Pei Xuan (Institute for Clinical Research). Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia).

Tools
Information