Sokongan ketika hamil untuk wanita yang lebih berisiko melahirkan bayi berat lahir rendah

Apakah isunya?

Bayi boleh mempunyai berat lahir rendah jika dilahirkan awal, sebelum 37 minggu gestasi, atau jika ibu kurang nutrisi ketika hamil. Kemiskinan boleh menyebabkan malnutrisi, persekitaran hidup yang tidak sihat, lebih berisiko untuk jangkitan, dan meningkatkan stres dalam hidup seharian. Stigma sosial iaitu golongan ini dipinggirkan masyarakat juga boleh menjadi penyumbang kepada tekanan hidup. Bayi yang tumbesarannya terbantut ketika dalam kandungan, kebarangkalian untuk mereka meninggal dunia sekitar waktu kelahiran atau menderita daripada masalah-masalah kesihatan lain adalah lebih tinggi.

Mengapakah ini penting?

Banyak negara menawarkan program bantuan khas untuk wanita yang berisiko melahirkan bayi berat lahir rendah. Program-program ini termasuklah yang berbentuk sokongan emosi, bantuan terus seperti lawatan ke rumah, pengangkutan ke temujanji klinik, menolong tanggungjawab rumahtangga, dan sokongan maklumat seperti panduan dan kaunseling. Kami meneliti kesan program-program yang menawarkan sokongan sosial tambahan berbanding penjagaan rutin untuk wanita hamil yang berisiko tinggi melahirkan bayi berat lahir rendah.

Apakah bukti yang kami temui?

Kami mencari bukti pada 5 Februari 2018. Kami mengenal pasti 21 kajian rawak terkawal di mana 11,246 pasangan ibu-bayi menyumbang kepada keputusan ulasan ini. Contoh sokongan sosial tambahan termasuklah maklumat, lawatan ke rumah, panggilan telefon dan pengurusan stres. Kualiti keseluruhan bukti bagi kebanyakan hasil adalah sederhana Adalah mustahil untuk menyembunyikan kepada kumpulan mana mereka diletakkan.

Kami mendapati wanita yang menerima sokongan sosialtambahan ketika hamil kurang berpotensi untuk melahirkan bayi berat lahir rendah (16 kajian, 11,770 bayi) atau bersalin terlalu awal (14 kajian, 12,282 bayi) Billangan bayi yang meninggal dunia sekitar waktu kelahiran adalah sama untuk kedua-dua kumpulan (15 kajian, 12,091 bayi) Wanita yang menerima sokongan sosial tambahan walau bagaimanapun kurang cenderung untuk dimasukkan ke hospital ketika hamil (4 kajian, 787 wanita), atau bersalin secara pembedahan (15 kajian, 9550 wanita) Wanita dengan sokongan sosial tambahan mungkin kurang berpotensi untuk depresi (1 kajian, 1008 wanita) Penemuan terhadap kepuasan dengan penjagaan adalah bercampur-campur, di mana satu kajian melaporkan kumpulan yang menerima sokongan lebih berpuas hati manakala satu lagi kajian mengusulkan wanita dengan penjagaan biasa lebih berpuas hati. Penemuan tersebut tidaklah berbeza jika sokongan sosial disediakan oleh orang awam yang terlatih atau profesional kesihatan.

Apakah maksudnya?

Walaupun program-program yang menawarkan sokongan sosial tambahan ketika hamil tidak mungkin mencegah kelahiran bayi berat lahir rendah atau lahir awal, sebelum 37 minggu gestasi, ia mungkin boleh membantu mengurangkan kecenderungan kemasukan ke hospital ketika hamil atau keperluan bersalin melalui pembedahan.

Sokongan sosial tambahan tidak cukup kuat untuk memperbaiki hasil kehamilan seperti hasil yang dinilai dalam ulasan ini. Faktor-faktor yang menyumbang kepada deprivasi memerlukan perubahan sosial untuk memperbaiki kesihatan ibu dan bayi baru lahir mereka.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Nadiah Abdul Rahim (RCSI & UCD Malaysia Campus). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi nadiah@ms.pmc.edu.my

Tools
Information