Asid ursodoksikolik untuk penyakit hati berkaitan dengan fibrosis sistik

Soalan ulasan

Adakah asid ursodoksikolik meningkatkan ukuran fungsi hati, mengurangkan risiko membina penyakit hati kronik dan meningkatkan hasil secara umum pada orang dengan fibrosis sistik?

Latar belakang

Masalah dengan konsistensi empedu (penebalan) dan bagaimana ia mengalir menyebabkan penyakit hati sehingga 20% dalam orang muda dengan fibrosis sistik. Saluran hempedu boleh tersekat dan menyebabkan sirosis dalam satu atau lebih bahagian hati. Asid ursodoksikolik adalah asid hempedu yang berlaku secara semulajadi yang diambil sebagai pil atau cecair untuk mencuba dan mencegah penyakit hati dalam orang yang mempunyai fibrosis sistik. Tindak balas yang terbaik nampaknya adalah daripada jumlah dos 20 mg /kg /hari dalam dua hingga tiga dos berasingan dan diberikan pada mulanya selama beberapa bulan tetapi mungkin selama-lamanya. Pada asalnya, ia digunakan untuk merawat batu karang, tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini ia telah digunakan untuk merawat dan mencegah perkembangan penyakit hati yang berkaitan dengan fibrosis sistik. Ini adalah versi kajian yang dikemas kini.

Tarikh carian

Penyelidik terakhir mencari bukti pada 09 April 2017.

Ciri-ciri kajian

Penyelidik telah mencari kajian asid ursodoksikolik yang berlangsung selama sekurang-kurangnya tiga bulan dan dapat melibatkan empat kajian, tetapi data untuk analisis hanya terdapat dari tiga kajian sahaja. Terdapat data daripada 118 peserta berusia antara empat hingga 32 tahun dalam ulasan ini. Dos ubat yang diberikan dalam tiga kajian dengan data berkisar antara 10 hingga 20 mg/kg /hari. Dua kajian ini membandingkan asid ursodoksikolik kepada pil tanpa ubat di dalamnya (plasebo) dan kajian ketiga membandingkan asid ursodoksikolik kepada rawatan 'biasa'. Reka bentuk kompleks dalam dua kajian bermakna data tidak dapat dianalisis untuk semua peserta. Kajian berlangsung sehingga 12 bulan, tetapi tidak lagi; Walau bagaimanapun, satu kajian telah melaporkan beberapa data susulan selepas sembilan tahun.

Keputusan-keputusan utama

Tidak banyak hasil yang penyelidik senaraikan dalam ulasan ini dinilai; hanya berat badan, ketebalan kulit dan ekskresi hempedu. Tiada perbezaan yang nyata antara rawatan untuk sebarang hasil ini. Hasil jangka panjang yang penyelidik fikir adalah penting, seperti kematian atau keperluan pemindahan hati, hanya dilaporkan dalam tindak lanjut satu kajian dan maklumat itu tidak memberitahu penyelidik jika orang mati atau memerlukan pemindahan hati telah menerima asid ursodoksikolik atau plasebo.

Penyelidikan terkini menunjukkan bahawa kesan sampingan rawatan ini adalah jarang berlaku, tetapi tiada maklumat yang mencukupi mengenai penggunaannya dalam jangka panjang untuk membuktikan secara rutin memberikannya kepada orang mengalami fibrosis sistik. Oleh kerana tiada rawatan lain untuk mencegah penyakit hati, lebih banyak kajian mengenai asid ursodoksikolik adalah diperlukan.

Kualiti bukti

Kajian seolah-olah teratur dan dijalankan dengan baik, tetapi tiada maklumat yang cukup untuk menilai mereka dengan betul. Sementara, pada keseluruhannya, penyelidik tidak fikir bahawa sebarang faktor yang berkaitan dengan cara kajian dilaksanakan akan mempengaruhi keputusan yang sangat besar, penyelidik mempunyai beberapa kebimbangan bahawa dalam satu kajian kumpulan yang mengambil asid ursodoksikolik pada umumnya tidak sihat pada awal kajian sebagai kumpulan yang mengambil plasebo. Selain itu, dalam kajian lain terdapat beberapa orang menarik diri dan tidak termasuk dalam analisis akhir, tetapi tiada sebab untuk diberikannya. Keseluruhannya, penyelidik menilai kualiti bukti yang penyelidik dapati sebagai rendah atau sangat rendah.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information