Terdapat bukti sederhana yang mencadangkan "sekolah belakang" adalah lebih berkesan untuk sakit dan fungsi berbanding rawatan konservatif lain jika pesakit dengan sakit belakang rendah kronik (LBP) adalah daripada penjagaan primer, sekunder atau awam umum. Terdapat bukti bertentangan sama ada "sekolah belakang" lebih berkesan berbanding plasebo atau senarai menunggu untuk mengawal sakit, fungsi dan kembali bekerja.
Terdapat bukti sederhana mencadangkan "sekolah belakang" dalam persekitaran kerja mengurangkan sakit, memperbaiki fungsi dan status kembali bekerja dalam jangka masa pendek dan sederhana berbanding senaman, manipulasi, terapi fascia otot atau nasihat, plasebo atau senarai menunggu kawalan untuk pesakit dengan sakit belakang rendah kronik.
Diterjemahkan oleh Siti Sarah Shukor (Penang Medical College). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan, berkaitan terjemahan ini sila hubungi ssarah@ms.pmc.edu.my