Apakah penyakit debu inflamatori?
Penyakit debu inflamatori (IBD) terdiri daripada dua gangguan utama penyakit Crohn (CD) dan kolitis ulseratif (UC). Penyakit-penyakit tersebut adalah gangguan inflamatori kronik saluran gastrousus. Gejala-gejala umum termasuk sakit perut, kekejangan, cirit-birit, dan darah dalam najis. Orang dengan CD juga mungkin juga mengalami striktur usus (penyempitan seksyen usus yang menyebabkan masalah dengan melambatkan atau menyekat pergerakan makanan), abses (koleksi nanah yang terkumpul dalam tisu) dan fistula (saluran tidak normal atau laluan yang menghubungkan satu organ dalaman dengan yang lain, atau ke permukaan luar badan).
Apakah kanser kolon?
Keradangan jangka panjang yang dikaitkan dengan IBD meningkatkan risiko kanser kolon berbanding dengan risiko orang yang tiada IBD. Kanser kolon adalah tumor malignan yang timbul daripada dinding dalaman usus besar (kolon).
Apakah pengawasan endoskopik?
Endoskopi adalah prosedur bukan pembedahan yang digunakan untuk melihat saluran pencernaan menggunakan kamera. Doktor yang melakukan endoskopi boleh mengambil sampel tisu lesi atau ketumbuhan semasa prosedur. Pengawasan endoskopik digunakan untuk mengenal pasti ketumbuhan pra-kanser (dipanggil displasia) atau kanser kolon dalam kalangan pesakit dengan IBD. Endoskopi boleh membantu mengenal pasti kanser kolon pada peringkat awal dan membantu memanjangkan survival dan menurunkan kadar kematian akibat kanser kolon
Apakah yang disiasat oleh penyelidik?
Para penyelidik mengulas kajian yang telah diterbitkan yang membandingkan orang dengan IBD yang mempunyai pengawasan endoskopik kepada orang yang tidak mempunyai pengawasan endoskopik untuk melihat sama ada pengawasan memberikan sebarang faedah dari segi mendiagnos kanser kolon pada peringkat awal atau mengurangkan kadar kematian akibat kanser kolon. Kesusasteraan perubatan telah dicari dan dianalisis sehingga 19 September 2016.
Apkah yang dijumpai oleh para penyelidik?
Lima kajian pemerhatian dengan 7199 pesakit digunakan untuk membandingkan pengawasan endoskopik kepada tanpa pengawasan. Penemuan utama ulasan adalah kadar kanser lebih tinggi berlaku dalam kumpulan tanpa pengawasan berbanding kumpulan pengawasan, dan kadar kematian yang berkaitan dengan kanser kolon adalah lebih rendah dalam kumpulan pengawasan berbanding dengan kumpulan tanpa pengawasan . Dalam pesakit yang menjalani pengawasan, kemungkinan perkembangan kanser kolon dikurangkan sebanyak 42% dan kemungkinan kematian yang berkaitan dengan kanser usus dikurangkan sebanyak 64%. Pengawasan menghasilkan pengesanan kanser kolorektal pada tahap awal yang lebih tinggi dalam kumpulan pengawasan berbanding dengan kumpulan tanpa pengawasan yang mungkin menjelaskan survival yang lebih baik dengan pengawasan. Kualiti keseluruhan bukti adalah sangat rendah kerana sifat kajian pemerhatian dan bilangan kejadian yang rendah. Walau bagaimanapun, keputusan ini menunjukkan bahawa pengawasan endoskopik dalam kalangan orang dengan IBD dapat mengurangkan perkembangan kanser kolon melalui pengesanan awal dan mungkin juga dapat mengurangkan kemungkinan kematian akibat kanser kolon.
Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.