Pelan discaj dari hospital

Apakah matlamat ulasan ini

Matlamat ulasan ini adalah untuk mengetahui sama ada pelan discaj yang disesuaikan berdasarkan individu meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan yang diberikan dengan mengurangkan kelewatan discaj dari hospital, mengurangkan pemindahan kembali ke hospital dan meningkatkan status kesihatan pesakit. Kami juga ingin mengetahui berapakah kos intervensi. Kami telah mengumpul dan menganalisis semua kajian yang berkaitan untuk menjawab persoalan ini. Ini adalah kemas kini kelima bagi ulasan asal.

Mesej utama

Apabila individu meninggalkan hospital dengan pelan discaj yang diperibadikan mungkin terdapat sedikit pengurangan dalam tempoh penginapan, mereka mungkin lebih sedikit kurang kemungkinan untuk dimasukkan ke hospital selepas discaj dari hospital. Terdapat sedikit bukti tentang kesan terhadap status kesihatan pesakit, kepuasan pesakit terhadap penjagaan yang diterima. Kos pelan discaj adalah tidak pasti.

Apakah yang dikaji dalam ulasan ini

Pelan discaj ialah pembangunan pelan diperibadikan yang menilai keperluan penjagaan kesihatan dan sosial pesakit sebelum mereka meninggalkan hospital, untuk menyokong peralihan tepat antara hospital dengan rumah atau persekitaran lain dan menambah baik organisasi perkhidmatan selepas discaj.

Apakah keputusan utama ulasan ini?

Kami telah menjumpai 33 kajian yang membandingkan pelan discaj diperibadikan berbanding penjagaan discaj standard. Ulasan ini menunjukkan pelan discaj diperibadikan mungkin mengakibatkan pengurangan yang sangat kecil dalam tempoh penginapan hospital dan mungkin sedikit mengurangkan kadar kemasukan semula untuk orang yang dimasukkan ke hospital dengan masalah kesihtan, dan mungkin meningkatkan kepuasan pesakit. Terdapat sedikit bukti tentang status kesihatan, atau kos pelan discaj terhadap perkhidmatan kesihatan.

Adakah ulasan ini muktahir?

Pengarang ulasan telah mencari kajian-kajian yang diterbitkan sehingga April 2021.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Tan Yin Xin (Alphanumeric Inc.). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information