Pembelajaran strategi pengurusan kendiri yang berkaitan dengan pencegahan atau pengurusan serangan asma boleh membantu meningkatkan fungsi paru-paru dan perasaan kawalan kendiri kanak-kanak, selain mengurangkan ketidakhadiran ke sekolah, hari-hari aktiviti terhad dan penggunaan bilik kecemasan. Tiada perbezaan dalam risiko atau kekerapan kemasukan ke hospital di antara kaedah penjagaan biasa dan penjagaan yang ditambah dengan pendidikan pengurusan kendiri. Jenis-jenis peristiwa yang serius dan jarang berlaku mungkin di luar kemampuan pendidikan untuk dipengaruhi. Sementara lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk membuat perbandingan langsung di antara pelbagai jenis intervensi, bukti terhad sedia ada mencadangkan secara umum, pendidikan pengurusan kendiri berkesan untuk pesakit asma tahap sederhana-ke-teruk dan juga tahap ringan-ke-sederhana. Secara umum, strategi pendidikan berasaskan hembusan puncak (peak flow) menunjukkan kesan-kesan lebih besar daripada strategi berasaskan simptom. Kesan-kesan bermanfaat ke atas ukuran fungsi fisiologi dapat dilihat dalam tempoh enam bulan, tetapi manfaat ke atas ukuran morbiditi atau penggunaan penjagaan kesihatan tidak begitu jelas sehingga 7 ke 12 selepas enrolmen ke dalam satu-satu program pendidikan.
Diterjemahkan oleh Irfan Mohamad (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi irfankb@usm.my