Apakah isunya?
Kebanyakan kehamilan di kalangan wanita yang sihat adalah normal, dan kebanyakan kelahiran boleh berlaku tanpa intervensi perubatan yang tidak perlu. Walau bagaimanapun, adalah tidak mungkin untuk meramalkan dengan pasti bahawa tiada komplikasi akan berlaku semasa kelahiran. Oleh itu, di banyak negara, dipercayai bahawa pilihan paling selamat adalah untuk semua wanita bersalin di hospital. Di beberapa negara, bagaimanapun, adalah dipercayai bahawa selagi seorang wanita dijaga dengan baik semasa mengandung dan dibantu semasa kelahiran oleh bidan, dengan pemindahan antara rumah dan hospital tersedia (jika perlu), maka kelahiran di rumah adalah, dan boleh, menjadi bahagian bersepadu dalam penjagaan materniti. Nampaknya semakin jelas bahawa kebimbangan dan akses mudah kepada banyak prosedur perubatan di hospital boleh membawa kepada peningkatan tahap intervensi, yang seterusnya boleh membawa kepada intervensi selanjutnya dan akhirnya kepada komplikasi yang tidak perlu. Dalam kelahiran di rumah yang dirancang dibantu oleh bidan berpengalaman dengan sandaran perubatan kolaboratif sekiranya pemindahan kes perlu, kelemahan ini dielakkan, manakala manfaat akses kepada intervensi perubatan apabila diperlukan dikekalkan.
Mengapakah ini penting?
Semakin banyak, kajian pemerhatian yang lebih baik menunjukkan bahawa kelahiran hospital yang dirancang untuk wanita berisiko rendah komplikasi tidak lebih selamat daripada kelahiran di rumah yang dirancang dan dibantu oleh bidan berpengalaman dengan sokongan perubatan kolaboratif, tetapi ia mungkin membawa kepada lebih banyak intervensi dan lebih banyak komplikasi. Pembentangan potensi manfaat dan kemudaratan kelahiran hospital yang dirancang berbanding kelahiran di rumah yang dirancang berkemungkinan sangat relevan kepada wanita hamil.
Apakah bukti yang telah kami temui?
Kami mencari kajian-kajian rawak terkawal (RCTs) (di mana para peserta telah diagihkan secara rawak kepada satu daripada dua atau lebih kumpulan rawatan) dalam July 2021. Tiada RCT baharu dikenal pasti sebagai tambahan kepada dua RCT yang sangat kecil yang dikenal pasti sebelum ini. Hanya satu RCT (melibatkan 11 wanita dan bayi mereka) menyumbang data kepada ulasan, jadi tidak mungkin untuk membuat sebarang kesimpulan daripada sebilangan kecil wanita dan bayi. Sehingga menyebabkan data yang dilaporkan, mempunyai kepastian bukti yang sangat rendah. Kami tidak menemui bukti kukuh daripada RCT untuk menyokong sama ada kelahiran hospital yang dirancang atau kelahiran di rumah yang dirancang untuk wanita hamil yang berisiko rendah mendapat komplikasi. Beberapa perkara telah ditambahkan pada ulasan dalam kemas kini ini. Paling penting, bukti telah diletakkan dalam konteks hari ini. Seperti yang dinasihatkan dalam versi dikemas kini Buku Panduan Cochrane , kami juga telah a) menambah rangka kerja konsep untuk menggambarkan mekanisme tindakan yang dicadangkan bagi intervensi kompleks 'kelahiran hospital yang dirancang', dan b) menilai semula bukti menggunakan pelbagai alat baharu, metodologi dan istilah. Latihan ini tidak membawa kepada tafsiran yang jauh berbeza daripada bukti yang ada, tetapi implikasinya telah berubah.
Apakah maksud ini?
Tiada bukti yang mencukupi daripada RCT (dianggap sebagai bentuk bukti keberkesanan terbaik) untuk membolehkan kesimpulan yang kukuh dibuat. Selain itu, RCT selanjutnya tidak dianggap boleh dilaksanakan, dan ia tidak lagi dianggap sesuai oleh kebanyakan bidan, pakar obstetrik dan ibu bapa. Oleh kerana kualiti bukti daripada kajian pemerhatian semakin meningkat, mungkin berguna untuk memasukkan bukti daripada ulasan sistematik pemerhatian yang dilakukan dengan betul dalam kemas kini masa hadapan bagi ulasan ini.
Diterjemahkan oleh Wan Anisa Hanim (KP Kok Lanas). Disunting oleh Rosnani Zakaria (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my