Hepatitis C akut adalah jarang didiagnosis kerana dalam kebanyakan kes, ia tidak mempunyai simptom. Rawatan pesakit dengan hepatitis C kronik dengan interferon boleh menghilangkan virus dan menambahbaik biokimia hati dan histologi. Dalam ulasan ini, rawatan dengan interferon alfa dalam peringkat akut jangkitan hepatitis C yang diperolehi melalui transfusi telah menambahbaik biokimia hati dan pembunuhan virus dipertingkatkan berbanding dengan keadaan semula jadi penyakit. Walau bagaimanapun, kami tidak dapat menentukan kesan interferon terhadap hasil klinikal disebabkan oleh kekurangan data. Disebabkan oleh kesan terapi ke atas hasil biokimia dan virologi, penyelidik mengesyorkan rawatan hepatitis C akut dengan sekurang-kurangnya interferon alfa dengan dos sebanyak tiga juta unit tiga kali seminggu selama tiga bulan. Kajian masa depan harus memberi tumpuan kepada keberkesanan terapi kombinasi dengan ribavirin dan interferon pegylated, yang telah menunjukkan keunggulan kepada interferon alfa dalam hepatitis C kronik.
Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com