Persoalan ulasan: Adakah memberi bayi cukup bulan susu formula yang diperkaya dengan asid lemak tak tepu rantai panjang (LCPUFA) menghasilkan penglihatan yang lebih baik dan perkembangan saraf secara keseluruhan berbanding susu formula yang tidak diperkaya dengan LCPUFA?
Latar belakang: LCPUFA adalah sejenis lemak yang penting untuk perkembangan otak dan penglihatan pada bayi yang baru lahir. Susu ibu mengandungi jumlah LCPUFA yang mencukupi dan oleh itu dianggap lebih baik daripada susu formula. Sesetengah formula susu dengan tambahan LCPUFA boleh didapati secara komersial.
Ciri-ciri kajian: Ulasan ini menganalisis kajian yang membandingkan hasil bayi cukup bulan (lahir pada ≥ 37 minggu kehamilan) yang diberi susu formula diperkaya dengan LCPUFA berbanding hasil bayi jangka penuh yang diberi susu formula tanpa pengayaan dengan LCPUFA.
Keputusan utama: Penulis ulasan mendapati bahawa bayi jangka penuh yang diberi susu formula yang ditambah dengan LCPUFA tidak mempunyai hasil yang lebih baik daripada yang dilaporkan untuk bayi jangka penuh yang diberi susu formula tanpa LCPUFA.
Kualiti bukti: Kami menganggap keseluruhan kualiti bukti dari kajian-kajian ini agak rendah.
Diterjemah oleh Amanda Yap Qiao Ying (Hospital Putrajaya). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my