Suntikan untuk mencegah jangkitan pneumococcal untuk orang dewasa

Streptococcus pneumoniae(S. pneumoniae) bertanggungjawab besar terhadap beban penyakit dan kematian dalam kalangan orang dewasa di seluruh dunia, biasanya dari radang paru-paru dan kurang kerap dari penyakit invasif pneumococcal. Suntikan(yang menggunakan vaksin polisakarida pneumococcal) mungkin boleh mengurangkan penyakit dan kematian yang sedemikian. Ulasan yang dikemaskini ini termasuk 18 percubaan terkawal rawak yang melibatkan 64,901 peserta dan tujuh percubaan bukan terkawal rawak yang melibatkan 62,294 peserta(kedua sahaja yang menyumbangkan terhadap ukuran hasil kajian tentang kultur penyakit invasif pneumococcal yang disahkan).

Kami mendapati bukti kukuh yang konsisten bahawa vaksin adalah efektif untuk mencegah ukuran hasil kajian yang lebih jarang iaitu penyakit invasif pneumococcal. Bukti daripada kajian yang dimasukkan menunjukkan bahawa suntikan mungkin tidak mampu memberi perlindungan seberapa banyak dalam kalangan orang dewasa yang ada penyakit kronik berbanding dengan orang dewasa yang sihat. Bukti yang ada menunjukkan bahawa vaksin polisakarida pneumococcal tidak mencegah radang paru-paru(dari semua punca) atau kematian dalam kalangan orang dewasa. Ulasan ini tidak mempertimbangkan peristiwa buruk, kerana ia adalah di luar skop kajian.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Julie Yeo(Taylor's University, Malaysia). Disunting oleh Lai Nai Ming (School of Medicine, Taylor's University, Malaysia)Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi julieyeohh@gmail.com

Tools
Information