Tiada bukti yang mencukupi untuk menentukan samada penyusuan bayi pramatang atau berat lahir amat rendah dengan susu berkuantiti kecil semasa minggu pertama selepas lahir (penyusuan trofik awal) berbanding dengan berpuasa dapat membantu perkembangan usus dan peningkatan penyusuan seterusnya, pembesaran dan perkembangan. Analisis keatas sembilan kajian tidak menunjukkan bahawa amalan ini menambahkan risiko keadaan usus yang teruk yang dikenali sebagai 'necrotising enterocolitis'. Kajian selanjutnya boleh memberikan bukti yang lebih kukuh untuk memaklumkan bidang penjagaan yang penting ini.
Diterjemahkan oleh Foo Sook Lee (Penang Medical College). Disunting oleh Tan May Loong (Penang Medical College). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi fslee@pmc.edu.my.