Apakah itu penyakit Crohn?
Penyakit Crohn adalah keradangan jangka panjang saluran gastrousus (GI), yang berlaku di mana saja dari mulut ke dubur. Gejala umum untuk keadaan ini termasuk sakit perut, cirit-birit dan penurunan berat badan. Apabila pesakit dengan penyakit Crohn mengalami gejala, ia dicirikan sebagai penyakit 'aktif'. Apabila gejala berhenti, ia dipanggil 'remisi'.
Apa itu nutrisi enteral?
Nutrisi enteral adalah kaedah pemakanan yang mana semua pengambilan kalori harian seseorang diberikan menggunakan saluran GI. Contohnya adalah pemakanan menggunakan tiub nasogastrik, yang mana tiub dimasukkan melalui hidung seseorang untuk memberikan keperluan pemakanan harian mereka dalam bentuk cecair. Nutrisi enteral boleh menjadi satu bentuk terapi pemakanan untuk pesakit yang mempunyai penyakit Crohn. Nutrisi enteral dikategorikan sebagai diet unsur-unsur dan bukan unsur (semi-unsur dan polimer). Diet unsur-unsur berasal dari sumber asid amino, manakala diet bukan unsur berasal dari oligopeptida atau sumber protein keseluruhan.
Apakah itu kortikosteroid?
Kortikosteroid adalah pilihan rawatan yang berkesan untuk penyakit Crohn yang aktif. Ubat-ubat ini diambil melalui mulut dan bertindak sebagai imunosupresan.
Apakah yang disiasat oleh penyelidik?
Para penyelidik mengkaji sama ada nutrisi enteral adalah lebih baik daripada terapi steroid yang menghasilkan remisi pada pesakit dengan penyakit Crohn. Selain itu, para penyiasat melihat sama ada satu jenis nutrisi enteral adalah lebih baik daripada yang lain (contohnya unsur-unsur berbanding dengan bukan unsur) yang menghasilkan remisi dalam penyakit Crohn.
Apakah yang dijumpai oleh para penyelidik?
Para penyelidik mendapati dua puluh tujuh kajian (1,011 peserta) yang memenuhi kriteria carian. Sebelas dari kajian-kajian ini, yang merangkumi 378 pesakit, berbanding diet unsur kepada bukan unsur dalam menghasilkan penyakit remisi pada penyakit Crohn. Lapan kajian, termasuk 352 pesakit, menyiasat nutrisi enteral berbanding dengan terapi steroid dengan induksi remisi dalam penyakit Crohn. Para penyelidik mencari penulisan perubatan secara meluas sehingga 5 Julai 2017.
Kualiti bukti yang sangat rendah menunjukkan bahawa steroid mungkin lebih berkesan daripada nutrisi enteral untuk induksi remisi pada orang dewasa dengan penyakit Crohn yang aktif. Kualiti bukti yang sangat rendah juga menunjukkan bahawa nutrisi enteral mungkin lebih berkesan daripada steroid untuk induksi remisi pada kanak-kanak dengan penyakit Crohn yang aktif. Tiada perbezaan dalam kadar remisi antara diet unsur dan bukan unsur. Peningkatan kesan sampingan tidak dilihat dengan diet unsur berbanding dengan diet bukan unsur, atau dengan nutrisi enteral berbanding dengan steroid. Kesan sampingan yang biasa dialami dengan nutrisi enteral termasuk muntah, cirit-birit, pedih ulu hati dan perut kembung. Kesan sampingan yang biasa dikaitkan dengan penggunaan steroid termasuk jerawat, muka yang bersifat bulan, kelemahan otot, hiperglisemia (gula darah tinggi) dan hipoglisemia (gula darah rendah). Pesakit-pesakit dengan nutrisi enteral lebih cenderung untuk menarik diri daripada kajian kerana kesan sampingan berbanding dengan steroid. Alasan yang paling biasa untuk penarikan diri daripada kajian adalah ketidakupayaan untuk bertolak ansur dengan rasa diet nutrisi enteral. Nutrisi enteral harus dipertimbangkan dalam pesakit Crohn pada pesakit kanak-kanak atau dewasa yang boleh mematuhi pemakanan tiub nasogastrik atau melihat formulasi yang menjadi enak, atau apabila kesan sampingan steroid tidak dapat ditahan atau lebih baik dielakkan. Kajian lanjut diperlukan untuk mengesahkan keunggulan kortikosteroid berbanding EN pada orang dewasa. Kajian lebih lanjut diperlukan untuk mengesahkan faedah EN pada kanak-kanak. Lebih banyak usaha dari industri perlu diambil untuk membangunkan formulasi polimer yang enak yang dapat disampaikan tanpa menggunakan tiub nasogastrik kerana ini boleh menyebabkan peningkatan pematuhan pesakit terhadap terapi ini.
Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@hotmail.com.