Adakah merokok dengan cara yang tidak menyenangkan membantu perokok untuk berhenti merokok

Rawatan keengganan mengaitkan tingkah-laku yang tidak diingini dengan sensasi yang negatif. Dalam pemberhentian merokok, beberapa pendekatan telah dicadangkan seperti merokok yang cepat yang memerlukan perokok mengambil sedutan setiap beberapa saat untuk membuatkan tabiat merokok kurang menyenangkan. Keputusan kajian-kajian yang sedia ada mencadangkan bahawa ini mungkin berkesan, tetapi bukti ini adalah tidak muktamad kerana kebanyakan kajian pendekatan ini mempunyai masalah kesilapan kaedah kajian. Kajian makmal terkini juga mencadangkan bahawa kaedah ini mempunyai bahan aktif. Penyelidikan lanjut mungkin berbaloi.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information