Adakah hipnoterapi dapat membantu orang yang cuba untuk berhenti merokok?

Latar belakang

Merokok adalah penyebab utama penyakit dan kematian yang dapat dicegah di seluruh dunia. Berhenti merokok dapat meningkatkan kesihatan, walaupun mereka lebih tua. Jenis hipnoterapi yang berbeza digunakan untuk mencuba membantu orang berhenti merokok. Beberapa kaedah cuba untuk melemahkan keinginan untuk merokok, mengukuhkan niat mereka untuk berhenti atau membantu mereka menumpukan perhatian terhadap 'program berhenti'. Kami mengulas bukti tentang hipnoterapi pada orang yang ingin berhenti merokok.

Ciri-ciri kajian

Kami mendapati terdapatb14 kajian membandingkan hipnoterapi dengan pendekatan lain untuk membantu orang berhenti merokok (termasuk nasihat ringkas, atau kaunseling berhenti merokok yang intensif), atau tanpa rawatan. Secara keseluruhannya, 1926 orang telah dimasukkan. Kajian-kajian tersebut telah dilaksanakan untuk tempoh sekurang-kurangnya enam bulan. Kajian-kajian ini banyak berubah dari segi rawatan yang mereka bandingkan, jadi sukar untuk menggabungkan hasilnya. Kami mencari bukti sehingga 18 Julai 2018.

Keputusan utama

Apabila kita menggabungkan hasil enam kajian (dengan sejumlah 957 orang),tiada bukti bahawa hipnoterapi membantu orang berhenti merokok lebih daripada intervensi tingkah laku, seperti kaunseling, apabila dihantar sepanjang masa yang sama. Tiada bukti bahawa terdapat perbezaan antara hipnoterapi dan program kaunseling yang lebih panjang apabila kami menggabungkan hasil daripada dua kajian (269 orang). Satu kajian membandingkan hipnoterapi tanpa rawatan dan mendapati kesan yang memihak kepada hipnoterapi, tetapi kajiannya kecil (40 orang) dan mempunyai masalah dengan kaedahnya, yang bermaksud kita tidak boleh pasti tentang penemuan ini. Kebanyakan kajian tidak mengatakan sama ada mereka juga menilai keselamatan hipnoterapi. Lima kajian melihat pada penambahan hipnoterapi kepada rawatan yang sedia ada dan mendapati kesan, tetapi kajiannya mempunyai risiko berat sebelah yang tinggi dan terdapat perbezaan yang besar dan tidak dapat dijelaskan dalam penemuan mereka. Satu kajian yang membandingkan hipnoterapi dan relaksasi tidak menjejaskan kesan sampingan.

Kepastian bukti

Bukti dalam ulasan ini adalah dari kepastian rendah hingga sangat rendah, kerana tiada maklumat yang mencukupi dan kebanyakkan kajian mempunyai isu dengan reka bentuk mereka.

Tiada bukti yang jelas bahawa hipnoterapi adalah lebih baik daripada pendekatan lain dalam membantu orang ramai untuk berhenti merokok. Sekiranya terdapat faedah, bukti terkini menunjukkan manfaatnya adalah kecil. Kajian yang lebih besar dan berkualiti tinggi diperlukan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (Hospital Serdang). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com

Tools
Information