Hormon tiroid untuk mencegah gangguan perkembangan saraf dalam kalangan bayi lahir pramasa

Tiada bukti daripada kajian-kajian bahawa terapi hormon tiroid berkesan mencegah masalah seperti sindrom distres respiratori dalam kalangan bayi lahir pramasa. Hormon tiroid diperlukan untuk pertumbuhan normal dan kematangan sistem saraf pusat, serta jantung dan paru-paru. Kanak-kanak yang lahir tanpa hormon tiroid yang cukup boleh mendapat kerencatan mental yang serius. Adalah dipercayai tahap hormon tiroid yang rendah dalam beberapa minggu pertama kehidupan (hipotiroksinemia sementara) pada bayi lahir pramasa yang dilahirkan sebelum 34 minggu mungkin menyebabkan perkembangan yang abnormal ini. Ulasan kajian tidak menemui bukti penggunaan hormon tiroid untuk bayi lahir pramasa berkesan mengurangkan risiko masalah yang disebabkan oleh hormon tiroid yang tidak mencukupi.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com.

Tools
Information