Cyclosporine untuk merawat artritis reumatoid

Ulasan ini merangkumi tiga kajian dengan sejumlah 318 peserta. Penurunan yang signifikan secara statistik dalam bilangan sendi yang sakit dan bengkak telah dilihat untuk pesakit-pesakit yang mengambil cyclosporine jika dibandingkan dengan mereka yang mengambil plasebo. Penambahbaikan yang ketara dalam kesakitan dan fungsi dilihat juga untuk pesakit-pesakit yang mengambil cyclosporine. Lebih banyak kesan-kesan sampingan berlaku dalam kumpulan cyclosporine berbanding kumpulan plasebo.

Cyclosporine mempunyai manfaat klinikal yang penting dalam rawatan jangka pendek (sehingga satu tahun) untuk pesakit yang menghidapi artritis reumatoid progresif.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Lai Nai Ming, School of Medicine, Taylor’s University, Malaysia. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my

Tools
Information