Immunoglobulin secara intravena untuk merawat pesakit sepsis teruk dan kejutan septik

Sepsis adalah tindak-balas keradangan badan terhadap jangkitan teruk, yang boleh disebabkan oleh pelbagai jenis mikro-organisma termasuk bakteria, virus dan kulat. Tanda-tanda sepsis termasuklah demam, hipothermia, degupan jantung dan pernafasan yang laju; dan ujian makmal akan menunjukan kiraan sel darah putih meningkat atau menurun. Kematian akibat sepsis dan kejutan septik kekal tinggi walaupun diberi antibiotik, terutamanya jika fungsi organ penting seperti paru-paru, jantung dan buah pinggang terjejas. Beberapa kajian telah melihat kepada ejen lain selain daripada antibiotik untuk membantu tubuh melawan kesan sepsis. Persediaan immunoglobulin secara intravena mengandungi antibodi yang membantu tubuh untuk meneutralkan toksin bakteria. Terdapat dua jenis persediaan. Ini terdiri daripada immunoglobulins polyklonal yang mengandungi beberapa antibodi yang ditujukan pada endotoxin dan pengantara keradangan, dan immunoglobulins monoklonal yang mensasarkan pengantara keradangan yang khusus atau antigen. Immunoglobulins secara intravena adalah produk darah, khususnya menggembleng sera berasal dari darah manusia yang diderma.

Untuk ulasan Cochrane ini yang dikemaskini, kami mencari pangkalan data kesusasteraan perubatan hingga Januari 2012. Kami sertakan 43 ujian terkawal rawak (RCTs); 25 RCTs dengan polyclonal immunoglobulins polyklonal secara intravena (IVIGs) dengan 17 di dewasa (1958 peserta) dan lapan di bayi baru lahir (3831 peserta) termasuk satu ujian IVIG polyklonal besar pada bayi dengan sepsis yang diterbitkan pada 2011. baki 18 ujian lagi (seramai 13,413 peserta) itu adalah dari antibodi monoklonal. Immunoglobulin polyklonal piawaian dan immunoglobulin M (IgM)-diperkaya menurunkan bilangan kematian dalam dewasa tetapi tidak dalam bayi. Walau bagaimanapun, pengurangan kematian orang dewasa tidak dilihat dengan IVIG polyklonal dalam ujian berkualiti tinggi sahaja. Di kalangan bayi baru lahir dengan sepsis, terdapat bukti yang sahih bahawa IVIG polyklonal piawaian tidak dapat mengurangkan jumlah kematian. Dalam perbicaraan immunoglobulin monoklonal, antibodi anti endotoxin menunjukkan tiada manfaat sementara anti-cytokines menunjukkan penurunan yang kecil dalam kematian orang dewasa dengan sepsis.

Ujian immunoglobulin polyklonal untuk orang dewasa adalah kecil berbanding dengan ujian ejen monoklonal. Pengurangan kematian diperhatikan dengan persediaan diperkayakan IgM polyklonal sebagai terapi tambahan untuk sepsis perlu disahkan dalam kajian besar yang menggunakan kaedah berkualiti tinggi.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my

Tools
Information