Pembedahan untuk kekurangan vena dalam

Latar belakang

Kekurangan vena dalam adalah masalah vena kaki yang boleh menyebabkan ulser kaki (luka),sakit dan bengkak. Ia mungkin disebabkan oleh masalah pada injap vena, oleh penyumbatan vena atau gabungan kejadian ini. Bagi kebanyakan pesakit, memakai stoking mampatan khas dan merawat ulser sudah mecukupi. Apabila ini tidak menyelesaikan masalah, pembedahan kadang-kadang dicadangkan. Adalah tidak jelas berapa banyak faedah yang terdapat daripada pembedahan.

Ciri-ciri kajian dan keputusan utama

Kami mencari kajian untuk merawat kekurangan vena dalam dengan pembedahan (dicari daripada 23 Jun 2020). Kami menemui empat kajian yang merawakkan 273 peserta ke intervensi rawatan atau kawalan. Semua kajian yang dimasukkan melaporkan hasil selepas pembedahan membaikpulih injap vena (valvuloplasty). Semua kajian yang disertakan menyiasat ketidakcekapan injap utama (apabila injap tidak ditutup dengan betul). Kami mendapati tiada kajian yang menyiasat prosedur pembedahan lain untuk rawatan atau keputusan pembedahan untuk ketidakcekapan injap sekunder (contohnya, apabila injap rosak akibat trombosis vena dalam dan tidak menutup dengan betul), atau untuk halangan vena. Oleh kerana hasil yang berbeza dilaporkan, kami tidak dapat menggabungkan hasil kajian ini. Tiada kajian melaporkan penyembuhan ulser dan ulser berulang. Satu kajian tidak menyiasat perkara ini, dan baki tiga kajian tidak memasukkan orang yang mengalami ulser atau ulser aktif. Tiga kajian melaporkan tiada komplikasi utama pembedahan atau tiada kejadian trombosis vena dalam (bekuan darah yang terbentuk dalam urat dalam, biasanya di kaki atau pelvis) semasa susulan.

Kami menilai perubahan klinikal menggunakan skor klasifikasi 'klinikal, etiologi, anatomi dan patofisiologi' (CEAP). Satu kajian melaporkan skor CEAP yang lebih baik tiga tahun selepas pembedahan dalam kedua-dua kumpulan, dan peningkatan yang lebih besar daripada sebelum pembedahan pada anggota badan yang telah menjalani valvuloplasty ditambah pengikatan (di mana urat diikat) berbanding dengan pengikatan sahaja. Dalam kajian lain, peserta yang mengalami ketidakcekapan vena dalam yang semakin teruk dalam tempoh lima tahun sebelum pembedahan mempunyai kadar peningkatan yang lebih tinggi dalam keadaan klinikal dengan valvuloplasty ditambah pengikatan berbanding dengan ligation sahaja selepas tujuh tahun, tetapi pada peserta dengan ketidakcekapan vena dalam yang stabil, tiada faedah tambahan daripada valvuloplasty.

Satu kajian melaporkan peningkatan dalam kualiti hidup yang dilaporkan oleh pesakit (termasuk kesakitan) dalam kedua-dua kumpulan dan peningkatan yang lebih besar berbanding sebelum pembedahan pada orang yang telah menjalani valvuloplasty luaran menggunakan teknik yang dipanggil lipatan anterior terhad pada susulan 10 tahun. Kajian kedua melaporkan bahawa gejala kaki berat dan sakit telah diselesaikan sepenuhnya dalam 36/40 kaki yang dirawat dengan valvuloplasty ditambah pengikatan dan 22/40 kaki yang dirawat dengan pengikatan sahaja pada susulan tiga tahun.

Kebolehpercayaan bukti

Kebolehpercayaan bukti adalah rendah atau sangat rendah kerana terdapat hanya empat kajian dengan sedikit bilangan peserta, dan terdapat risiko berat sebelah yang tinggi (maklumat mengenai bagaimana diputuskan rawatan yang diterima oleh peserta dan siapa yang tahu tentang hal ini tidak ditemui dalam tiga daripada empat kajian).

Kesimpulan

Tiada bukti yang mencukupi untuk menentukan keberkesanan pembedahan pada rawatan orang yang mengalami kekurangan vena dalam. Kajian yang disertakan tidak memasukkan pesakit yang mengalami kekurangan vena dalam yang teruk (halangan vena). Kajian menyiasat kesan prosedur pembedahan lain pada urat dalam adalah diperlukan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Amanda Yap Qiao Ying (Hospital Putrajaya). Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information