Mannitol untuk strok akut

Otak bengkak (edema) adalah punca utama kematian awal dan kehilangan upaya jangka panjang selepas strok (trauma secara mengejut di dalam otak sama ada disebabkan oleh arteri di dalam otak tersumbat, atau arteri pada otak pecah dan berdarah). Larutan mannitol diberikan melalui vena untuk mengurangkan bengkak. Peningkatan (kesan lantunan) bengkak di dalam otak boleh berlaku selepas rawatan diberhentikan. Ulasan ini melibatkan tiga kajian kecil yang melibatkan 226 peserta, mendapati bahawa tiada bukti yang mencukupi untuk membuat keputusan sama ada mannitol meningkatkan 'survival' atau menghalang kecacatan selepas strok. Rawatan ini boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan tetapi tiada kesan sampingan yang serius dilaporkan dalam kajian yang terlibat dalam ulasan ini. Lebih kajian perlu dijalankan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Ng Chia Shyn (International Medical University). Disunting oleh MW Chan (Kolej Perubatan Pulau Pinang). Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Ng.ChiaShyn@student.imu.edu.my.

Tools
Information