Memakan lebih banyak ikan telah dicadangkan sebagai salah satu cara yang mungkin dapat mengurangkan asma. Populasi (seperti komuniti Eskimo) dengan cara pemakanan ikan yang tinggi mempunyai kadar asma yang rendah. Seperti cara pemakanan di komuniti lain, di mana pemakanan lemak tepu telah meningkat, asma juga telah meningkat. Teori ini adalah bahawa satu bahan dalam minyak ikan boleh mengurangkan keradangan. Keradangan menyebabkan kebengkakan di saluran udara paru-paru lalu membawa kepada serangan asma. Walau bagaimanapun, ulasan dari kajian-kajian mendapati bahawa penghidap asma yang menukar cara pemakanan mereka dengan merangkumi lebih banyak minyak ikan tidak menambahbaikkan asma mereka.
Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Chan MW, RCSI & UCD Malaysia Campus (formerly Penang Medical College). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my