Profilaksis antibiotik boleh dipertimbangkan sebagai kegunaan rutin untuk pembedahan kecemasan apendisektomi.

Apendisitis merupakan sebab yang paling biasa untuk sakit perut akut yang memerlukan rawatan pembedahan. Ini dikaitkan dengan peningkatan risiko komplikasi selepas pembedahan, di mana jangkitan luka adalah komplikasi yang paling kerap dilaporkan. Profilaksis standard adalah rawatan anti-bakteria. Untuk mengurangkan kos, kesan toksik dan risiko rintangan bakteria, adalah wajar untuk memantapkan profilaksis terpendek dan paling berkesan untuk komplikasi selepas pembedahan.Ulasan ini melaporkan bahawa profilaksis antibiotik adalah berkesan dalam mencegah komplikasi-komplikasi selepas pembedahan bagi mereka yang perlu membuang apendiks. Tanpa mengira sama ada antibiotik diberikan sebelum atau selepas pembedahan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Nur Farahim Daud (Penang Medical College). Disunting oleh Tan May Loong (Penang Medical College). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi nfarahim@ms.pmc.edu.my

Tools
Information