Penambahan glutamine untuk mencegah morbiditi dan kematian dalam bayi-bayi pramatang

Soalan kajian: Bagi bayi pramatang, adakah penambahan glutamine mengurangkan risiko kematian atau hilang keupayaan?

Latar belakang: Glutamine adalah nutrien penting untuk pembesaran dan perkembangan dan mungkin menjadi sangat mustahak dalam melindungi bayi pramatang daripada jangkitan dan masalah usus yang menyebabkan kematian dan hilang upaya. Kami cuba mendapatkan bukti bahawa memberi bayi pramatang glutamine tambahan meningkatkan hasil penting.

Ciri-ciri Kajian: Kami mendapati 12 kajian rawak terkawal (melibatkan sejumlah 2877 bayi). Kajian-kajian itu secara umumnya memiliki pengkaedahan berkualiti baik.

Keputusan utama: Kajian-kajian ini tidak memberikan bukti kukuh atau konsisten bahawa suplemen glutamine mempengaruhi risiko kematian, jangkitan yang teruk atau penyakit usus, atau perkembangan jangka panjang.

Rumusan: Penambahan glutamin berkemungkinan tidak memberi manfaat kepada bayi pramatang.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Foo Sook Lee (Penang Medical College).Disunting oleh Ernie Yap (Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia) Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi fslee@pmc.edu.my.

Tools
Information