Kencing manis adalah masalah kesihatan yang penting dan sedang berkembang. Ulasan ini telah mengkaji kesan-kesan intervensi yang disasarkan kepada profesional kesihatan atau cara penjagaan yang diatur, dengan tujuan untuk menambahbaik pengurusan pesakit kencing manis di penjagaan kesihatan primer, pesakit luar dan komuniti. Ulasan mendapati bahawa intervensi-intervensi profesional pelbagai rupa (contohnya kombinasi pasca-siswazah, peringatan, audit dan maklum balas, proses persetujuan sebulat suara setempat dan peer review) dapat menambahbaik prestasi pengamal perubatan. Intervensi organisasi yang meningkatkan perkembalian pesakit yang berstruktur, seperti sistem pusat menjejaki berkomputer atau jururawat yang kerap menghubungi pesakit, juga boleh meningkatan penjagaan terhadap pesakit kencing manis. Keberkesanan intervensi-intervensi ini pada hasil pesakit (kawalan glycaemic, faktor-faktor risiko kardiovaskular, kesejahteraan) adalah kurang jelas.
Diterjemahkan oleh Lee Pei Yee (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi peiyee95@hotmail.com.