Soalan ulasan
Ulasan ini membandingkan tahap keberkesanan, keselamatan, penerimaan, dan komplikasi kaedah generasi pertama, kedua dan ketiga yang tersedia untuk memusnahkan endometrium (lapisan rahim) untuk rawatan pendarahan haid berat (haid berat) pada wanita pra-menopaus.
Latar belakang
Ubat dan histerektomi (pembedahan membuang rahim) dulu menjadi pilihan rawatan utama untuk pendarahan haid yang berat. Kedua-duanya masih merupakan pilihan yang berkesan dan selamat, tetapi rawatan baru yang ada menumpukan pada membuang lapisan rahim (endometrium) dari mana pendarahan berasal. Prosedur ini melibatkan sama ada membuang endometrium (reseksi) atau memusnahkannya dengan tenaga haba (panas) dari laser, alat elektrik, atau alat lain (ablasi). Rawatan ini dapat menghentikan atau mengurangkan pendarahan haid.
Ciri-ciri kajian
Ulasan ini mengenalpasti 28 kajian terkawal yang dijalankan secara rawak yang dilakukan pada 4287 wanita. Sebilangan besar wanita tahu rawatan mana yang mereka terima, yang mungkin mempengaruhi penilaian mereka mengenai kehilangan dan kepuasan darah haid. Aspek lain kualiti kajian berbeza di antara kajian. Bukti adalah terkini sehingga bulan Mei 2018. Sembilan belas dari 28 kajian mengakui bahawa mereka menerima dana, bekalan peralatan, atau bantuan teknikal dari industri farmaseutikal dan dari pengeluar peralatan.
Keputusan utama
Bukti berkualiti sederhana hingga sangat rendah menunjukkan bahawa pendekatan generasi pertama dan kedua sama berkesan dalam rawatan HMB. Pendekatan rawatan yang lebih baru (generasi kedua) lebih selamat dari segi kadar cecair berlebihan, luka serviks, dan haematometra, dengan kadar kebocoran rahim yang serupa. Pendekatan yang lebih baru (ablasi generasi kedua) lebih cepat dan lebih cenderung dilakukan di bawah anestesia tempatan (dan bukannya umum) berbanding dengan pendekatan generasi pertama. Sebilangan besar wanita di kedua-dua kumpulan berpuas hati dengan hasil prosedur. Tidak ada bukti tersedia yang mencukupi untuk menunjukkan pendekatan generasi kedua mana yang lebih baik daripada yang lain, dan maklumat mengenai pendekatan generasi ketiga tidak tersedia untuk perbandingan.
Kualiti bukti
Bukti berkisar dari sederhana hingga sangat rendah. Beberapa kajian dibutakan, data yang terbatas, dan heterogeniti adalah sangat penting untuk beberapa hasil, yang menyebabkan penurunan kualiti bukti.
Diterjemah oleh Wong Chun Hoong (Hospital Sultanah Aminah). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my