Penambahan asid amino tyrosine ke dalam diet orang yang menghidap phenylketonuria

Soalan ulasan

Kami mengkaji bukti adakah mereka yang menghidap PKU (yang memulakan diet ketika diagnosis dan sama ada meneruskan diet atau melonggarkan diet di kemudian hari) suplemen tirosin atau diet rendah phenylalanine, meningkatkan: kecerdasan; prestasi neuropsikologi; pertumbuhan dan status pemakanan; kadar kematian; dan kualiti hidup. Ini adalah kemaskini versi sebelum ini yang diterbitkan oleh Cochrane.

Latar belakang

Phenylketonuria adalah penyakit yang diwarisi. Penghidap phenylketonuria sama ada tidak dapat memproses langsung phenylalanine dalam diet mereka atau hanya sebahagian. Tahap phenylalanine dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan kerosakan otak atau saraf. Pola pemakanan bagi menghindari makanan yang tinggi phenylalanine sukar untuk diikuti. Penghidap phenylketonuria boleh mempunyai kadar asid amino tyrosin yang rendah dalam darah mereka.

Tarikh carian

Bukti terkini sehingga: 07 Disember 2020.

Ciri-ciri kajian

Kajian ini melibatkan tiga kajian dengan 56 orang penghidap phenylketonuria yang berusia antara enam hingga 28 tahun. Kajian ini membandingkan penambahan tyrosin atau plasebo (bahan yang tidak mengandungi ubat) ke dalam diet kurang phenylalanin dan mereka dipilih untuk menjalani sesuatu rawatan secara rawak. Jangka masa rawatan dan kawalan dalam ketiga-tiga percubaan adalah singkat dan beberapa hasil yang dianggap penting dalam tinjauan ini tidak diukur.

Keputusan utama

Walaupun jumlah tyrosine yang diukur dalam darah mereka yang mengambil suplemen lebih tinggi, namun tidak ada perbezaan yang dicatat dalam hasil yang lain. Tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa tyrosin harus ditambahkan secara rutin ke dalam diet penghidap phenylketonuria. Lebih banyak kajian rawak terkawal diperlukan untuk memberikan lebih banyak bukti. Namun, memandangkan ini bukan bidang penyelidikan yang aktif, kami tidak mempunyai rancangan untuk mengemas kini tinjauan ini di masa depan.

Kualiti bukti

Tiga percubaan yang dimasukkan dalam tinjauan ini berkualiti baik, tetapi hanya mempunyai bilangan peserta yang sedikit.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Mohamad Masykurin Mafauzy (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Rosnani Zakaria( (Universiti Sains Malaysia). Sebarang pertanyaan tentang terjemahan inii boleh hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information