Intervensi untuk refluks vesikoureterik primer

Apakah isunya?

Refluks vesikoureterik (vesicoureteric reflux, VUR) ialah aliran balik kencing dari pundi kencing ke ureter sehingga buah pinggang. Orang dengan VUR lebih senang untuk mendapat jangkitan saluran kencing (urinary tract infection, UTI) yang melibatkan tisu buah pinggang, dimana ia boleh mengakibatkan kerosakan buah pinggang kekal. Pilihan rawatan semasa termasuk pembedahan implantasi semula ureter, antibiotik jangka panjang, pembedahan endoskopik dengan suntikan sesuatu bahan subureterik (suntikan ke dalam pundi kencing di bawah ureter), ubat komplimentari, atau kombinasi intervensi

Apakah yang telah kami lakukan?

Terdapat satu pencarian sastera untuk mencari semua kajian rawak yang membandingkan pilihan rawatan yang berbeza dalam kalangan kanak-kanak dengan refluks vesicoureteric. Hasil serta perincian reka bentuk kajian telah diambil dan disusun. Kajian-kajian yang membandingkan rawatan dan hasil yang sama telah dikumpulkanja untuk membuat anggaran terhadap hasil seperti jangkitan saluran kencing yang berulang dengan ketidakselesaan, jangkitan saluran kencing dengan demam dan kerosakan buah pinggang.

Apa yang kami temui?

Sebanyak 34 kajian rawak yang melibatkan 4001 kanak-kanak telah dikenal pasti dan menjalani pengekstrakan serta analisis data. Perbandingan yang paling kerap adalah antibiotik dos rendah jangka panjang berbanding dengan tanpa rawatan (8 kajian) atau plasebo (4 kajian) serta antibiotik berbanding dengan pembedahan implantasi semula ureter tambah dengan antibiotik (7 kajian). Rawatan yang lain melihat kepada pembetulan endoskopi dengan suntikan berbanding dengan antibiotik (3 kajian), bahan yang berbeza untuk pembetulan endoskopi (2 kajian), sunat (1 kajian), probiotik (1 kajian), produk cranberry (1 kajian) dan oxybutynin (2 kajian).

Analisis meta untuk kajian yang serupa mendapati bahawa antibiotik dos rendah berjangka panjang berbanding dengan tanpa rawatan mungkin menyebabkan sedikit atau tidak ada perbezaan dalam risiko mendapati UTI berulang pada kanak-kanak dengan VUR. Kesan-kesan sampingan yang berkaitan adalah jarang dan tidak serius, tetapi profilaksis akan menyebabkan tiga kali ganda peningkatan risiko kejadian rintangan bakteria terhadap rawatan ubat pada jangkitan selepasnya. Pembedahan menurunkan bilangan UTI ulangan dengan demam, tetapi tidak mempengaruhi bilangan kanak-kanak untuk mendapat UTI dengan ketidakselesaan ataupun kerosakan buah pinggang. Banyak kajian tidak dapat dimasukkan ke dalam analisis meta kerana mereka gagal untuk melaporkan hasil yang relevan atau mereka hanya mengkaji sejenis rawatan pilihan ataupun rawatan kombinasi yang tidak diguna oleh kajian lain.

Kesimpulan

Rawatan antibiotik dos rendah berjangka panjang dalam kanak-kanak dengan VUR membuat sedikit atau tidak ada perbezaan pada risiko ulangan UTI menyebabkan seseorang tidak selesa. Pembedahan dapat mengurangkan risiko ulangan UTI dengan demam, tetapi hasil ini adalah berdasarkan dua kajian (429 kanak-kanak) yang mungkin tidak dapat mewakili majoriti dan mungkin tidak menanggung kenyataan dalam kumpulan kanak-kanak yang lebih umum dengan VUR. Terapi komplimentari seperti probiotik dan cranberry dicuba dalam satu atau dua kajian, dimana mereka tidak dapat memberikan hasil yang secukupnya untuk menyokong atau menolak penggunaannya.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Lee Pei Yee (Hospital Selayang). Disunting oleh Shaun Lee (Monash University Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my.

Tools
Information