Operasi anduh suburethral tradisional untuk kencing tidak terkawal dalam kalangan wanita

Soalan ulasan

Bagaimanakah anduh tradisional berbanding dengan rawatan pembedahan atau konservatif lain untuk wanita yang mengalami tekanan kencing tidak terkawal (SUI)?

Latar belakang

Operasi anduh suburethral tradisional adalah salah satu pilihan pembedahan untuk merawat wanita dengan SUI. Tekanan kencing tidak terkawal adalah kehilangan air kencing (kebocoran) apabila batuk, ketawa, bersin, atau bersenam. Ia mungkin disebabkan oleh kerosakan kepada otot-otot yang memegang leher pundi kencing atau kerosakan pada saraf mereka, yang sering berlaku ketika melahirkan anak. Apabila tekanan kencing tidak terkawal berlaku bersama-sama dengan dorongan untuk mengosongkan pundi kencing yang sukar ditunda (urgensi kencing tidak terkawal (UUI), ini dikenali sebagai kencing tidak terkawal bercampur (MUI). Operasi anduh suburethral tradisional bertujuan untuk memegang leher pundi kencing dengan jalur bahan yang mungkin biologi (diperbuat daripada tisu manusia atau haiwan) atau terbuat dari plastik sintetik yang tidak dapat diserap (mesh / pita).

Sehingga bila ulasan ini dikemaskini?

Bukti adalah semasa kepada 27 Februari 2017. Carian lanjut pada 23 Januari 2019 tidak dimasukkan sepenuhnya ke dalam ulasan.

Ciri-ciri kajian

Kami mendapati terdapat 34 kajian terkawal secara rawak (RCTs) yang melibatkan 3244 wanita yang membandingkan anduh tradisional dengan ubat-ubatan atau lain-lain jenis pembedahan (colposuspension, anduh urethral, suspensi jarum leher pundi kencing, anduh tunggal-insisi (anduh kecil) anduh dengan yang lain dan anduh tradisional dengan suntikan. Semua kajian melibatkan wanita dengan SUI, tetapi ada pula yang melibatkan wanita dengan UUI, yang dikatakan memiliki MUI.

Kami tidak menemui sebarang kajian yang membandingkan anduh suburethral tanpa rawatan atau rawatan palsu, pengurusan konservatif seperti latihan lantai panggul, pembaikan anterior, atau colposuspension laparoskopi.

Sumber pembiayaan kajian

Beberapa ahli kajian melaporkan pembiayaan kerja mereka.

Keputusan utama

Pembedahan kelihatan berfungsi lebih baik daripada ubat-ubatan untuk merawat kencing tidak terkawal. Beberapa bukti menunjukkan bahawa wanita kurang kebocoran dengan anduh tradisional dalam jangka sederhana (satu hingga lima tahun) berbanding dengan mereka yang menjalani colposuspension (operasi perut utama), dan pembedahan berulang yang diperlukan dalam satu kajian. Walau bagaimanapun, maklumat mengenai kesan buruk adalah tidak mencukupi. Tidak jelas sama ada anduh tradisional lebih baik atau lebih buruk daripada anduh urethral (pita sintetik) dalam jangka sederhana, tetapi satu kajian kecil menunjukkan bahawa wanita yang mempunyai anduh tradisional mungkin kurang kebocoran 10 tahun kemudian. Tidak jelas sama ada anduh tradisional lebih baik atau lebih teruk daripada rawatan suntikan, penggantungan jarum leher pundi kencing, atau anduh kecil. Kami mendapati maklumat yang tidak mencukupi tentang jenis anduh berbeza berbanding satu sama lain, kecuali bahawa anduh yang dibuat daripada dermis khinzir (Pelvicol) lebih cenderung gagal daripada bahan lain. Anduh yang dibuat daripada Goretex sintetik tidak dapat diserap melibatkan lebih banyak komplikasi.

Kualiti bukti

Banyak kajian adalah kecil dan menggunakan cara yang berbeza untuk mengukur kejayaannya, yang menjadikan maklumat sukar digabungkan. Kualiti bukti bagi kebanyakan hasil dinilai rendah atau sangat rendah. Ini bermakna bahawa kebanyakan kesimpulan kami tentang anduh tradisional tidak pasti.

Kesimpulan penulis

Beberapa bukti menunjukkan bahawa wanita kurang kebocoran dengan anduh tradisional dalam jangka sederhana (satu hingga lima tahun) berbanding dengan mereka yang menjalani colposuspension (operasi perut utama), dan pembedahan berulang yang diperlukan dalam satu kajian. Bukti perbandingan anduh suburethral tradisional dengan rawatan lain tidak mencukupi. Tiga penilaian ekonomi yang layak melaporkan hasil yang sama, tetapi mereka tidak dapat membandingkan secara tepat kerana perbezaan dalam kaedah mereka. Ulasan ini terhad kepada kajian terkawal secara rawak (RCTs) dan oleh itu tidak dapat mengenal pasti semua kesan buruk yang mungkin dikaitkan dengan prosedur ini.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (Klinik Kesihatan Bandar Tun Hussein Onn). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information