Peranti mekanikal untuk inkontinens urinari dalam kalangan wanita

Inkontinens urinari adalah kehilangan air kencing luar kawal Jenis-jenis lazim adalah inkontinens stres dan inkontinens desakan. Peranti mekanikal diperbuat daripada plastik atau bahan lain. Ia diletakkan di dalam uretra atau vagina untuk menghentikan atau mengawal kebocoran air kencing. Ulasan kajian ini mendapati bahawa menggunakan peranti mekanikal mungkin lebih baik daripada tiada rawatan tetapi buktinya adalah lemah. Tiada bukti yang cukup untuk mengesyorkan sebarang jenis peranti spesifik atau menunjukkan sama ada peranti mekanik lebih baik daripada bentuk rawatan lain seperti latihan otot lantai pelvis.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com.

Tools
Information