Dresing dan agen topikal untuk ulser kaki arteri

Apakah soalan penyelidikan?

Adakah pilihan agen topikal (krim atau salap) atau dresing luka mempengaruhi penyembuhan ulser kaki arteri?

Latar belakang

Orang yang bermasalah peredaran darah di kaki boleh mendapat ulser kaki, di mana orang dewasa berpeluang sekitar 1% untuk menderita ulser kaki dalam kehidupan mereka. Majoriti ulser (sekitar 70%), terjadi akibat kurang peredaran darah dalam vena dan dipanggil ulser vena kaki. Secara am, ia dirawat dengan pemampatan. Ulser kaki arteri (sekitar 22% ulser) berlaku kerana kurang bekalan darah kepada kaki, apabila arteri kaki tersumbat atau mengecil (arterosklerosis). Tanpa rawatan masalah bekalan darah arteri, ulser mengambil masa yang lama untuk sembuh atau mungkin juga tidak akan sembuh. Ulser ini dirawat untuk menggalakkan penyembuhan dan melindungi dari jangkitan, dengan menutupnya dengan dresing atau menggunakan agen topikal, atau kedua-duanya. Pelbagai jenis dresing boleh diguna, bergantung kepada sama ada matlamat utama adalah untuk merawat jangkitan, mengurangkan kesakitan ulser, atau menguruskan cecair yang boleh bocor dari ulser (exudate), dan menggalakkan penyembuhan.

Ciri-ciri kajian dn keputusan utama

Kami mendapati dua kajian kecil yang memberi data untuk 49 peserta dengan ulser kaki arteri (carian dibuat pada Januari 2019). Kajian-kajian juga memasukkan peserta dengan jenis ulser lain, dan adalah tidak jelas perkadaran peserta diabetik. Kajian juga tidak menjelaskan kaedah, keputusannya terhad untuk peserta ulser arteri, dan satu kajian tidak memberi maklumat bilangan peserta dengan ulser arteri dalam kumpulan kawalan. Tempoh susulan (enam dan lapan minggu) adalah terlalu pendek untuk mengukur penyembuhan. Oleh itu, data sedia ada tidak lengkap dan tidak boleh diitlak kepada populasi lebih besar orang dengan ulser kaki arteri.

Salah satu kajian merawak peserta kepada 2% salap ketanserin dalam glikol polietilena (PEG) atau PEG sahaja, diberi dua kali sehari selama lapan minggu. Kajian ini melaporkan peningkatan penyembuhan luka dalam kumpulan ketanserin, apabila dibanding dengan kumpulan kawalan. Perlu diingat ketanserin tidak dilesen untuk diguna pada manusia di semua negara.

Kajian kedua rawak peserta untuk sama ada faktor pertumbuhan yang digunakan adalah diasingkan daripada darah (CGF) peserta, atau berpakaian Standard; kedua-duanya digunakan mingguan selama enam minggu. Kajian ini melaporkan 66.6% pesakit diabetes dengan ulser arteri yang dirawat degan CGF menunjukkan lebih 50% penurunan dalam saiz ulser, berbanding 6.7% ulser yang tidak sembuh yang dirawat dengan dresing standard.

Hanya satu kajian menyebut kesan sampingan, dan melaporkan tiada peserta yang mengalami kesan sampingan semasa susulan (enam minggu). Kedua-dua kajian tidak melaporkan masa penyembuhan ulser, kepuasan pesakit atau ukuran kualiti hidup.

Kepastian bukti

Tiada cukup bukti untuk menentukan sama ada pilihan agen topikal atau dresing mempengaruhi penyembuhan ulser kaki arteri. Kami menurunkan gred kepastian keseluruhan bukti sedia ada kepada 'sangat rendah' dan 'rendah', kerana kajian-kajian lemah dalam melaporkan kaedah, terdapat hanya dua kajian dan sebilangan kecil peserta dengan penyakit arteri, dan kajian-kajian adalah pendek dan melaporkan keputusan yang sedikit. Ini membuatnya mustahil untuk menentukan sama ada terdapat perbezaan sebenar dalam bilangan ulser yang sembuh di antara kumpulan-kumpulan.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Adam Linoby (Universiti Teknologi MARA). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information