Permanian intra-rahim untuk ketidaksuburan yang tidak diketahui sebab

Soalan ulasan

Adakah rawatan dengan permanian intra-rahim (IUI), dengan atau tanpa ubat kesuburan, berbanding masa persetubuhan atau rawatan kehamilan (berjaga-jaga menunggu) dengan atau tanpa ubat kesuburan, atau rawatan dengan IUI dengan ubat kesuburan berbanding IUI tanpa ubat kesuburan meningkatkan kadar kelahiran hidup dalam pasangan dengan ketidaksuburan yang tidak diketahui sebab?

Latar belakang

IUI adalah rawatan yang sering digunakan untuk pasangan dengan ketidaksuburan yang tidak diketahui sebab. Dalam kitaran IUI, sperma pasangan lelaki disediakan dan diletakkan di dalam rahim sekitar masa ovulasi. IUI kitaran boleh digunakan dengan kombinasi ubat-ubatan kesuburan untuk meningkatkan bilangan telur yang ada. Walau bagaimanapun, ubat-ubatan ini boleh mempunyai kesan sampingan, dan juga meningkatkan risiko kehamilan kembar. Rawatan kehamilan dan tempoh persetubuhan juga telah ditunjukkan akan meningkatkan kadar kehamilan, menghasilkan kelahiran secara langsung. Dengan ulasan ini, kami ingin meningkatkan kebolehan membuat keputusan bagi pasangan memulakan rawatan ketidaksuburan yang tidak diketahui sebab.

Ciri-ciri kajian

Penulis-penulis ulasan telah mengenal pasti 15 kajian rawak terkawal yang melibatkan 2068 orang dewasa. Wanita yang telah dirawat dengan IUI, dengan atau tanpa ubat kesuburan, dibandingkan dengan mereka yang telah diberikan masa untuk persetubuhan atau rawatan kehamilan dengan atau tanpa ubat kesuburan, atau wanita yang menerima IUI dengan ubat kesuburan berbanding mereka yang dirawat dengan IUI tanpa ubat kesuburan. Hasil utama adalah kadar kelahiran hidup dan kadar kehamilan kembar. Hasil lain termasuk kadar kehamilan, kadar keguguran dan peristiwa buruk yang lain. Bukti ini adalah terkini sehingga Oktober 2019.

Keputusan utama

Bagi kebanyakan kumpulan rawatan, ia tidak pasti sama ada rawatan dengan satu jenis rawatan IUI meningkatkan kadar kelahiran secara langsung (iaitu kadar pada akhir rawatan) dengan kadar kehamilan kembar yang boleh diterima jika dibandingkan dengan rawatan lain. Walau bagaimanapun, terdapat bukti berkualiti sederhana bahawa, dalam pasangan yang berpeluang rendah dengan kaedah semula jadi, rawatan dengan IUI yang digabungkan dengan ubat kesuburan mungkin meningkatkan kadar kelahiran hidup berbanding rawatan kehamilan. Begitu juga, terdapat bukti berkualiti sederhana bahawa rawatan dengan IUI sahaja mungkin meningkatkan kadar kelahiran hidup berbanding rawatan kehamilan yang digabungkan dengan ubat kesuburan.

Kualiti bukti kajian

Kualiti bukti adalah rendah hingga sederhana untuk kelahiran hidup dan berkualiti rendah untuk kehamilan kembar. Kekangan utama bukti adalah kurang ketepatan dalam dapatan, kerana penglibatan beberapa kajian bersaiz kecil.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Adam Linoby (Universiti Teknologi MARA). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information