Saringan kanser payudara dengan mamografi

Saringan dengan mamografi menggunakan pengimejan X-ray untuk mencari kanser payudara sebelum ketulan dapat dirasai. Matlamatnya adalah untuk merawat kanser lebih awal, apabila kemungkinan ada penawar. Ulasan ini memasukkan tujuh kajian yang melibatkan 600,000 wanita dalam lingkungan umur 39 hingga 74 tahun yang secara rawak untuk menerima saringan mamogram atau tidak. Kajian yang menyediakan maklumat yang boleh paling dipercayai menunjukkan bahawa pemeriksaan tidak mengurangkan kadar kematian kanser payudara. Kajian yang berkemungkinan lebih berat sebelah ( dilakukan dengan kurang teliti) mendapati bahawa saringan mengurangkan kadar kematian kanser payudara. Walau bagaimanapun, saringanan akan menyebabkan sesetengah wanita mendapat diagnosis kanser walaupun kanser mereka tidak akan membawa kepada kematian atau penyakit. Pada masa ini, adalah tidak mungkin untuk mengenalpasti siapa wanita-wanita ini, dan mereka mungkin mempunyai payudara atau ketulan yang dibuang dan menerima radioterapi yang tidak perlu. Jika kita menganggap bahawa saringanan mengurangkan kadar kematian kanser payudara sebanyak 15% selepas 13 tahun susulan dan kelebihan diagnosis dan kelebihan rawatan adalah pada 30%, ia bermakna bahawa bagi setiap 2000 wanita dipanggil untuk saringan sepanjang 10 tahun, seorang akan mengelakkan kematian kanser payudara dan 10 wanita yang sihat, yang tidak akan didiagnosis jika tidak ada saringan akan diberi rawatan yang tidak perlu. Tambahan pula, lebih daripada 200 wanita akan mengalami tekanan psikologi penting termasuk kebimbangan dan ketidakpastian bagi bertahun-tahun kerana penemuan positif yang palsu.

Wanita yang dipanggil untuk saringan perlu diberitahu sepenuhnya kedua-dua manfaat dan kemudaratannya. Untuk memastikan bahawa keperluan untuk pilihan bermaklumat untuk wanita menimbang sama ada atau tidak untuk menghadiri program saringan dapat dipenuhi, kami telah menulis sebuah risalah yang berasaskan bukti untuk kaum awam yang boleh didapati dalam beberapa bahasa di www.cochrane.dk . Kerana kemajuan besar dalam rawatan dan lebih besar kesedaran kanser payudara daripada kajian yang telah dijalankan, ia adalah berkemungkinan bahawa kesan mutlak saringan hari ini adalah lebih kecil daripada kajian- kajian. Kajian pemerhatian terbaru menunjukkan kelebihan diagnosis daripada kajian dan sangat sedikit atau tiada pengurangan dalam insiden kanser berlanjutan dengan saringan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Nila Pillai. (Penang Medical College). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia).Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi nila@pmc.edu.my.

Tools
Information