Bayi pramatang memiliki sistem pertahanan badan yang pramatang dan kerap kali mendapat jangkitan merbahaya di hospital. Ini bermakna mereka berisiko tinggi mendapat jangkitan (jangkitan bakteria yang mengugat nyawa). Bakteria yang paling biasa menyebabkan jangkitan di unit rawatan rapi neonatal adalah coagulase negative staphylococci (CoNS). Satu cara untuk mencegah jangkitan CoNS ialah dengan infusi dos rendah antibiotik vancomycin (memberi ubat secara infusi berjeda (intermittent) atau titisan berterusan.) Kajian semula mendapati yang infusi dos rendah berterusan atau dos rendah berjeda vancomycin mengurangkan risiko bayi mendapat jangkitan di unit rawatan rapi neonatal. Tidak ada cukup bukti menunjukkan yang pendekatan ini menambahkan rintangan antibiotik dalam nurseri.
Diterjemahkan oleh Foo Sook Lee (Penang Medical College). Disunting oleh Tan May Loong (Penang Medical College). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi fslee@pmc.edu.my.