Biopsi berbanding reseksi untuk glioma gred tinggi

Glioma malignan adalah tumor sistem saraf yang agresif. Reseksi (pembedahan membuang tumor) boleh melegakan gejala, tetapi tidak dapat dipastikan sama ada ia memanjangkan kelangsungan hidup. Biopsi boleh mengesahkan diagnosis dan membawa kurang risiko, tetapi ia tidak akan memanjangkan kelangsungan hidup atau memperbaiki gejala. Prosedur yang mana merupakan pilihan pengurusan yang terbaik adalah kontroversi. Kami menemui satu kajian kecil yang melihat kepada isu ini, tetapi ia terbukti tidak mencukupi dan berkualiti rendah, dan oleh itu tidak dapat menjawab soalan ini secara muktamad. Kajian yang lebih besar, dirancang dengan baik adalah diperlukan pada masa depan.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Muhammad Faiz Mohd Adenan (University of New South Wales, Sydney). Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information