Mengubahsuai lemak dalam makanan kita (menggantikan beberapa lemak (haiwan) yang tepu dengan disapu minyak tumbuhan dan tak tepu) boleh mengurangkan risiko penyakit vaskular dan jantung, tetapi ianya tidak jelas sama ada lemak tidak tepu tunggal atau lemak tidak tepu adalah lebih bermanfaat. Tiada manfaat kesihatan yang jelas dalam menggantikan lemak tepu dengan makanan berkanji (mengurangkan jumlah lemak yang kita makan). Jantung dan penyakit vaskular termasuklah serangan jantung, angina, angin ahmar, kematian kardiovaskular secara tiba-tiba dan keperluan untuk pembedahan jantung. Mengubahsuai lemak yang kita makan didapati dapat melindungi kita dengan lebih baik jika kita berbuat demikian sekurang-kurangnya dua tahun. Ia adalah tidak jelas sama ada orang yang sedang sihat bermanfaat seawal dengan mereka yang berisiko tinggi dalam penyakit kardiovaskular (penghidap hipertensi, lipid serum dibangkitkan atau kencing manis sebagai contohnya) dan orang yang sudah mempunyai penyakit jantung, tetapi cadangan adalah bahawa mereka akan bermanfaat dengan sedikit sebanyak.
Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong Chun Hoong@student.imu.edu.my.