Apakah tujuan ulasan ini?
Tujuan Ulasan Cochrane ini adalah untuk mengetahui sama ada sesetengah antibiotik adalah lebih berkesan dalam rawatan scrub typhus. Kami mengumpulkan dan menganalisis semua kajian yang berkaitan untuk menjawab soalan ini dan mamasukkan tujuh kajian yang berkaitan.
Mesej-mesej utama
Tetracycline, doxycycline, azithromycin, dan rifampicin merupakan antibiotik berkesan untuk rawatan scrub typhus yang membawa kepada sedikit kegagalan rawatan. Untuk hasil spesifik, sesetengah bukti berkepastian rendah mencadangkan bahawa mungkin sedikit atau tiada perbezaan wujud antara tetracycline, doxycycline, dan azithromycin. Pekerja penjagaan kesihatan tidak patut menggunakan rifampicin sebagai rawatan barisan pertama. Para penyelidik patut menyeragamkan cara mereka memberikan diagnosis and menilai scrub typhus.
Apa yang dikaji dalam ulasan ini?
Scrub typhus merupakan satu sebab penting demam dalam Asia. Kami mengkaji pesakit dengan scrub typhus yang didiagnos oleh profesional keishatan dan disahkan dengan ujian makmal. Kami membandingkan rawatan antibiotik berbeza. Kami melihat sama ada pilihan antibiotik membawa perbezaan dalam bilangan pesakit yang mengalami kegagalan rawatan, dan kami menentukan perkadaran pesakit yang mempunyai resolusi demam pada 48 jam.
Apakah keputusan utama ulasan?
Kami mendapati tujuh kajian yang berkaitan. Hanya satu kajian memasukkan kanak-kanak kecil daripada 15 tahun.
Kami tidak pasti sama ada doxycycline berbanding dengan tetracycline menjejaskan kegagalan rawatan, kerana kepastian bukti adalah sangat rendah. Kajian melihat kepada resolusi demam dalam masa lima hari. Doxycycline berbanding dengan tetracycline mungkin membuat sedikit atau tiada perbezaan dalam perkadaran pesakit dengan resolusi demam dalam masa 48 jam dan masa ke kehilangan demam. Kajian tidak melaporkan kejadian sampingan serius secara rasmi.
Kami tidak pasti sama ada macrolides berbanding dengan doxycycline menjejaskan kegagalan rawatan, resolusi demam dalam masa lima hari, masa ke kehilangan demam, atau kesan sampingan serius, kerana kepastian bukti adalah sangat rendah. Macrolides berbanding dengan doxycycline mungkin membuat sedikit atau tiada perbezaan dalam perkadaran pesakit dengan resolusi demam dalam masa lima hari.
Kami tidak pasti sama ada rifampicin berbanding dengan doxycycline menjejaskan kegagalan rawatan, perkadaran pesakit dengan resolusi demam dalam masa 48 jam, atau masa ke kehilangan demam, kerana kepastian bukti adalah sangat rendah. Kajian tunggal yang membuat perbandingan ini tidak melihat kepada resolusi demam dalam masa lima hari dan tidak melaporkan kesan sampingan secara rasmi.
Sehingga bila ulasan ini dikemaskini?
Kami mencari kajian-kajian yang diterbitkan sehingga 8 Januari 2018.
Diterjemahkan oleh Khoo Jing Hern (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Lai Nai Ming, School of Medicine, Taylor’s University, Malaysia. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi khoojinghern@hotmail.com.