Bronkiektasis adalah merupakan penyakit pernafasan yang kronik. Pesakit yang menghidapinya mengalami kesukaran dalam membersihkan / mengeluarkan mukus / lendir dari paru-paru mereka, menjadikan mereka terdedah kepada jangkitan. Atrovent dan agen-agen antikolinergik yang lain merupakan pengembang bronkus / bronkodilator yang mungkin dapat bantu membuka saluran udara dalam penghidap bronkiektasis. Kami mencari kajian yang rawak mengenai persoalan ini tetapi kami tidak dapat mengenal pasti mana-mana bukti yang menyokong ataupun sebaliknya penggunaan ubat-ubatan antikolinergik dalam rawatan bronkiektasis.
Diterjemahkan oleh Noor Salwah S Omar (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan sila hubungi salwah@usm.my