Ulasan ini melibatkan penilaian pelbagai alat penyedut untuk penghantaran bronkodilator yang disedut dalam penyakit pulmonari obstruktif kronik yang stabil (COPD). Kajian-kajian dalam ulasan ini melibatkan penyedut dos terukur bertekanan (pMDI) yang dibandingkan dengan sebarang peranti penyedut tagang lain yang mengandungi bronkodilator. Hanya tiga kajian rawak terkawal memenuhi kriteria inklusi. Disebabkan bilangan kajian yang sangat kecil yang disertakan dalam ulasan ini, adalah tidak mungkin untuk membuat kesimpulan mengenai penggunaan alat-alat penyedut yang mengandungi bronkodilator dalam COPD. Terdapat keperluan untuk kajian-kajian rawak terkawal dengan reka bentuk baik untuk mengkaji peranan bronkodilator dalam COPD.
Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com.