Rawatan awal jabatan kecemasan untuk asma akut dengan kortikosteroid sistemik

Dalam serangan asma, laluan udara (saluran ke paru-paru) akan disempitkan oleh kekejangan otot dan bengkak (keradangan). Bronkodilator (ubat sedut pelega untuk membuka paru-paru dan laluan pernafasan) boleh digunakan untuk kekejangan, dan kortikosteroid pula untuk bengkak. Kortikosteroid boleh disedut, atau diambil melalui mulut (oral) atau melalui titisan ke dalam vena (intravena). Ulasan daripada kajian mendapati bahawa kortikosteroid sistemik (oral atau intravena) mengurangkan keperluan orang dengan serangan asma untuk tinggal di hospital, dengan kurang kesan buruk.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Lee Pei Yee (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi peiyee95@hotmail.com.

Tools
Information