Penggunaan suplemen omega-3 dalam pesakit yang mempunyai cystic fibrosis

Soalan ulasan

Kami mengulas bukti tentang kesan memberi suplemen omega-3 kepada pesakit cystic fibrosis.

Latar belakang

Mereka yang mempunyai cystic fibrosis, kitaran berulang jangkitan dan keradangan adalah dianggap memburukkan lagi fungsi paru-paru. Kajian mencadangkan bahawa asid lemak Omega-3, seperti yang diperolehi daripada minyak ikan, mungkin berkesan untuk mengatasi keradangan dan mungkin manfaat dalam penyakit radang kronik termasuk cystic fibrosis. Ini adalah versi ulasan yang telah dikemaskini.

Tarikh carian

Bukti adalah terkini sehingga: 01 April 2020.

Ciri-ciri kajian

Ulasan ini melibatkan lima kajian kecil yang membandingkan suplemen omega-3 berbanding suplemen yang berbeza tanpa omega-3. Secara keseluruhan, terdapat 106 peserta, termasuk kanak-kanak dan orang dewasa. Kajian ini berlangsung antara enam minggu dan 12 bulan.

Keputusan utama

Oleh kerana bukti yang berkualiti rendah, kami tidak pasti sama ada kesan berikut adalah disebabkan oleh suplemen atau tidak. Satu kajian selama 12 bulan melaporkan pengurangan dalam eksaserbasi pulmonari dan penggunaan antibiotik apabila mengambil Omega-3 tambahan berbanding dengan plasebo dan satu kajian selama tiga bulan melaporkan tiada perubahan dalam penggunaan antibiotik semasa tempoh kajian. Terdapat beberapa kesan sampingan yang dilaporkan dalam setiap kajian ini. Satu kajian selma enam-minggu melaporkan bahawa fungsi paru-paru dan status klinikal bertambah baik apabila mengambil suplemen Omega-3. Paras sputum yang direkodkan dapat dikurangkan dalam kajian enam minggu ini. Tiga kajian melaporkan tidak ada perbezaan dalam fungsi paru-paru apabila mengambil Omega-3 suplemen berbanding dengan plasebo. Dua kajian yang lebih lama mendapati bahawa orang yang mengambil Omega-3 suplemen menunjukkan peningkatan yang tetap dalam paras esential asid lemak dalam membran sel darah putih mereka dan juga dalam paras fosfolipid (molekul yang menyediakan struktur dan perlindungan kepada sel) diukur dalam sampel darah.

Kami tidak pasti sama ada suplemen Omega-3 yang kerap adalah berguna kepada orang dengan cystic fibrosis dan sama ada ia menyebabkan kesan sampingan, atau tidak. Kami tidak dapat membuat kesimpulan atau mengesyorkan penggunaan suplemen ini secara rutin kepada orang yang mempunyai cystic fibrosis. Kajian yang lebih besar dan lebih panjang diperlukan untuk menilai faedah klinikal suplemen Omega-3 dan untuk menentukan dos yang sesuai.

Kualiti bukti kajian

Kami menilai bahawa kualiti bukti yang sangat rendah disebabkan oleh bilangan peserta yang sangat rendah, kadar acara yang rendah, laporan yang terhad dan reka bentuk kajian yang kurang baik. Tidak ada keseragaman terhadap poin masa apabila keputusan dilaporkan atau ukuran yang digunakan untuk hasil yang sama dalam kajian yang berbeza.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Muhammad Faizul Fitri Mat Nazri (RCSI UCD Malaysia Campus, Penang). Disunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my.

Tools
Information