Beberapa bukti untuk mencadangkan bahawa cara pembayaran doktor penjagaan primer boleh mempengaruhi tingkah laku klinikal mereka

Ulasan ini mengkaji kesan sistem pembayaran yang berbeza terhadap tingkah laku doktor penjagaan primer. Tiga sistem pembayaran disertakan: kapitasi (bayaran dibuat untuk setiap pesakit yang diberi penjagaan), gaji, dan bayaran untuk perkhidmatan (bayaran dibuat untuk setiap item penjagaan yang disediakan). Terdapat beberapa bukti bahawa doktor penjagaan primer menyediakan kuantiti perkhidmatan penjagaan primer yang lebih banyak di bawah bayaran untuk perkhidmatan berbanding dengan kapitasi dan gaji, walaupun kesan jangka panjang adalah tidak jelas. Walau bagaimanapun, tiada bukti mengenai hasil penting lain seperti status kesihatan pesakit, atau yang membandingkan kesan relatif gaji berbanding pembayaran kapitasi.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Tang Kar Foong (Kementerian Kesihatan Malaysia). Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information