Rawatan untuk jangkitan saluran kencing yang bersimptom semasa kehamilan

Antibiotik adalah sangat berkesan dalam menghapuskan jangkitan saluran kencing semasa kehamilan, dan komplikasi juga jarang berlaku.

Jangkitan dalam saluran kencing adalah perkara biasa semasa kehamilan. Ini termasuklah jangkitan yang tidak mempunyai simptom (asimptomatik bacteriuria), cystitis (jangkitan pundi kencing) dan pyelonephritis (jangkitan buah pinggang). Jangkitan-jangkitan tersebut boleh menyebabkan komplikasi serius kepada wanita yang hamil, dan juga mungkin membawa masalah kepada bayi. Melalui ulasan daripada 10 kajian yang merekrut jumlah 1125 wanita yang hamil, didapati bahawa beberapa jenis antibiotik mempunyai kadar penyembuhan yang sangat tinggi untuk cystitis atau pyelonephritis semasa mengandung, komplikasi daripada rawatan juga jarang berlaku. Tetapi, kajian-kajian tersebut tidak dapat menunjukkan ubat tertentu adalah yang lebih baik.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Lee Pei Yee (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi peiyee95@hotmail.com.

Tools
Information