Keputusan meta-analisis ini menunjukkan bahawa misoprostol, perencat pam-proton dan antagonis reseptor H2 pada dos berganda adalah berkesan mengurangkan risiko ulser pada gastrik dan duodenum yang disebabkan oleh ubat anti-radang bukan steroid (NSAID). Dalam kalangan pesakit yang berisiko tinggi, penggunaan NSAID tradisional + PPI didapati sama seperti penggunaan perencat COX-2 sahaja. Strategi yang paling berkesan dalam kalangan pesakit gastousus (GI) yang berisiko tinggi adalah gabungan perencat COX-2 + PPI.
Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.