Latar belakang
Trombosis vena dalam (DVT) berlaku apabila pembekuan darah terbentuk dalam vena betis. Darah beku boleh berpecah dan bergerak ke paru-paru, yang membawa kepada kesumbatan yang serius dalam aliran darah (embolisma pulmonari atau PE). Oleh kerana kerosakan pada vena kaki, post-thrombotic syndrome (PTS) boleh terjadi pada bila-bila masa dalam beberapa tahun akan datang. Tanda-tanda termasuk sakit kaki, bengkak, pigmentasi kulit dan ulser kaki, yang membawa kepada kehilangan mobiliti. Antikoagulan adalah rawatan standard untuk DVT atau darah beku dalam vena kaki. Ubat-ubatan ini menipiskan darah untuk mengurangkan pembekuan yang lebih lanjut terbentuk dan mencegah PE; namun PTS masih boleh terjadi. Kaedah lain untuk merawat DVT adalah dengan trombolisis. Trombolisis memecahkan darah beku, dan ubat-ubatan seperti streptokinase, urokinase dan pengaktif plasminogen tisu dimasukkan ke dalam vena di lengan atau kaki. Dalam beberapa kes, ubat ini boleh dihantar terus ke lokasi pembekuan, menggunakan kateter dan alat kawalan sinar-X. Teknik pembedahan tambahan juga boleh digunakan untuk membantu menghilangkan bekuan. Kemungkinan kesan sampingan berbahaya yang boleh berlaku selepas kedua-dua antikoagulasi dan trombolisis termasuk komplikasi pendarahan, strok atau pendarahan intraserebral.
Untuk mengetahui sama ada strategi dan antikoagulasi pembuangan bekuan trombolitik mungkin lebih baik daripada antikoagulasi sahaja untuk pengurusan orang dengan DVT akut kaki, kami mengkaji bukti dari kajian penyelidikan.
Bagaimana pengulas mengenal pasti dan menilai bukti?
Pertama, kami mencari literatur perubatan untuk kajian terkawal secara rawak(RCT), kajian klinikal di mana seseorang individu dimasukkan secara rawak ke dalam salah satu daripada dua atau lebih kumpulan rawatan. Kajian jenis ini memberikan bukti yang paling kuat mengenai kesan rawatan. Kami kemudian membandingkan hasilnya, dan meringkaskan bukti dari semua kajian. Akhirnya, kami menilai kepastian tentang bukti. Untuk melakukannya kami mempertimbang faktor-faktor seperti cara kajian-kajian dijalankan, saiz kajian, dan konsistensi penemuan merentas semua kajian. Berdasarkan penilaian kami, kami kategorikan bukti sebagai kepastian yang sangat rendah, rendah, sederhana atau tinggi.
Apa yang pengulas temui?
Kami menemui 19 RCT yang merangkumi sejumlah 1943 orang dengan DVT akut untuk menerima rawatan trombolisis atau antikoagulan. Kajian dilakukan di Belgium, Kanada, Denmark, Mesir, Perancis, Jerman, Belanda, Norway, Afrika Selatan, Sweden, Switzerland, Turki, UK dan Amerika Syarikat. Semua kajian melibatkan lelaki dan wanita berusia antara 18-75 tahun dengan jumlah lebih besar daripada orang dewasa yang lebih tua.
Ulasan kami mendapati bukti kepastian sederhana bahawa trombolisis berkesan mencairkan darah beku supaya berlaku pecahan beku lengkap lebih kerap dengan trombolisis daripada dengan terapi antikoagulan standad. Mereka yang menerima trombolisis mempunyai lebih komplikasi pendarahan daripada antikoagulasi standard (6.7% berbanding 2.2%). Kebanyakan episod berlaku dalam kajian-kajian yang lebih lama. Enam kajian (1393 peserta) berterusan selama lebih enam bulan dan didapati bahawa hanya sedikit orang mendapat PTS apabila dirawat dengan trombolisis, 50% berbanding dengan 50% dalam kumpulan rawatan standad antikoagulasi. Dua kajian (211 peserta) yang berterusan selama lebih lima tahun juga menunjukkan bahawa hanya sedikit orang mandapat PTS apabila dirawat dengan trombolisis. Nampaknya penggunaan kriteria kelayakan yang lebih ketat telah meningkatkan keselamatan rawatan ini, yang lebih berkesan dihantar terus kepada darah beku dengan kateter atau melalui aliran darah dari vena lain. Kami tidak menemui bukti bahawa kedudukan bekuan di kaki menjadikan mendapat PTS lebih kurang. Kajian masa depan diperlukan untuk menyiasat kaedah penyingkiran bekuan darah yang paling bermanfaat bagi hasil penting pesakit termasuk PTS, pendarahan dan kualiti hidup.
Sejauh mana ulasan ini dikemas kini?
Bukti dalam Ulasan Cochrane ini adalah terkini sehingga 21 April 2020.
Diterjemahkan oleh Nila Pillai (Cochrane Malaysia). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my.