Alpha-foetoprotein dan / atau ultrasonografi usus ataupun kedua-duanya, bagi pemeriksaan kanser usus dalam kalangan pesakit hepatitis B kronik.

Kanser usus ialah penyebab utama kematian dalam kalangan pesakit yang dijangkiti hepatitis B kronik. Pemeriksaan pesakit seperti ultrasonografi usus ataupun alpha-foetoprotein dalam darah, atau kedua-duanya, dilakukan secara meluas untuk mengesan kanser usus pada peringkat yang awal. Hal ini bertujuan untuk merawat kanser usus pada peringkat yang awal dengan rawatan reseksi atau pemindahan, ataupun kedua-duanya, yang dipercayai dapat membawa kepada kesan-kesan yang positif. Hanya tiga ujian yang boleh dimasukkan ke dalam kajian ini. Salah satu ujian ini telah dijalankan di Shanghai, China. Hal ini membandingkan pemeriksaan usus dengan ultrasonografi secara dua kali setahun dan alpha-foetoprotein tanpa pemeriksaan usus Percubaan ini mempunyai risiko yang tinggi tentang kesalahan sistematik (bias) dan beberapa laporan yang diterbitkan mengenai percubaan ini telah memberikan keputusan yang berbeza. Percubaan yang lain telah dilakukan di Toronto, Kanada. Percubaan tersebut telah membandingkan pemeriksaan usus dengan alpha-fetoprotein dan ultrasonografi dengan pemeriksaan yang melibatkan penggunaan alpha-foetoprotein sahaja. Terlalu sedikit peserta yang menyertai percubaan ini. Oleh sebab tiada peserta yang tidak diperiksa, kami tidak dapat menilai sama ada pemeriksaan usus adalah berkesan dalam mengurangkan kematian. Percubaan yang tinggal telah diterbitkan sebagai abstrak sahaja. Percubaan ini direka untuk menentukan selang masa yang optimum bagi pemeriksaan yang menggunakan alpha fetoprotein dan ultrasound. Tiada ada perbezaan yang besar antara kedua-dua selang selidik yang dikaji selama empat bulan dan 12 bulan dalam kelangsungan hidup selama empat tahun. Kini, terdapat bukti yang tidak cukup tentang pemeriksaan kanser usus dalam kalangan pesakit yang dijangkiti hepatitis B kronik.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Zi Yan Chiah (RCSI & UCD Malaysia Campus). Disunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi (Chris_ZY@live.com

Tools
Information