Kebimbangan boleh menyumbang kepada peningkatan merokok, dan juga merupakan gejala putus merokok. Secara teori, ubat-ubatan untuk mengurangkan kebimbangan (anxiolitik) boleh membantu perokok yang mencuba untuk berhenti merokok. Tidak banyak kajian yang didapati, dan tiada satu daripada mereka menunjukkan bukti kukuh ke atas kesan berhenti merokok.
Jika anda mendapati bukti ini membantu, sila pertimbangkan untuk menderma kepada Cochrane. Kami adalah badan amal yang menghasilkan bukti yang boleh diakses untuk membantu orang ramai membuat keputusan kesihatan dan penjagaan.
Nota terjemahan:
Diterjemahkan oleh Lee Pei Yee (International Medical University). Disunting oleh Tan May Loong (Penang Medical College). Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi peiyee95@hotmail.com.